Followers

Sunday, September 8, 2013

Perkara yang boleh merosakkan Pernikahan..

A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Tuesday, September 3, 2013

Hebatnya Kuasa Istikharah

Assalamualaikum readers,

Dikesempatan ini, aku nak share something dari pembacaan aku dalam buku "Hebatnya Kuasa Istikharah" - Imam Musbikin terbitan PTS.


Rasulullah pernah mengajar doa bagi solat istikharah yang dilakukan dengan tujuan memilih pasangan hidup. 

"Sembunyikan pinanganmu. Kemudian berwuduk dan perbaiki wudukmu. Bersolat seperti Allah tetapkan ataupun seberapa banyak yang dikehendaki. Sesudah itu, panjatkan pujian kepada Allah dan muliakan Dia. Lalu ucapkan doa..

Maksudnya..
Wahai Allah, 
Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. 
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui.
Engkau mengetahui segala yang ghaib.
Apabila engkau mengetahui si dia (sebut namanya) baik bagiku dalam agamaku,
duniaku dan akhiratku, berikan dia untukku.
Apabila yang selainnya lebih baik daripadanya bagiku,
agamaku,
duniaku dan akhiratku,
berikanlah yang lain itu bagiku."

Wirid Bagi Memilih yang terbaik

Kehidupan kita penuh dengan persoalan dan pilihan termasuk daripada segi pekerjaan, jodoh, pendidikan dan lain-lain lagi. Bagi memilih yang terbaik, kita dianjurkan meminta petunjuk daripada Allah dengan beristikharah, baca wirid-wirid yang berikut:-
  • Beristighfar sebanyak 100 kali. "Astaghfirullahal 'Azim. Maksudnya: Saya memohon ampun kepada Allah yang maha besar.
  • Berselawat ke atas nabi. " Allahuma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasahbihi wassalam". Maksudnya: Ya Allah, berikan kesejahteraan ke atas nabi Muhammad dan keluarganya" 
  •   Sesudah itu apabila mahu tidur, tidur dengan menghadap ke arah kiblat iaitu dengan kepala di bahagian utara. Berselawat sehingga tidur dengan kedudukan tidak berubah.
  • Apabila Allah mengkehendakinya, Dia memberikan petunjuk dengan memperlihatkan tanda daripada pilihan terbaik. Petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk mimpi ataupun ketetapan hati. Ini bermakna, hati berasa mantap atas pilihan yang diambil.
  • Kadangkala solat istikharah perlu dilakukan berulang kali kerana sekali sahaja tidak memadai bagi mendapat petunjukNya. Bagi mendapat petunjuk dengan pantas, kita di sarankan melaksanakannya selma 7 hari berturut-turut dan di sertai puasa selama 7 hari berturut-turut.

Wallahualam...
Related Posts with Thumbnails