Followers

Friday, March 29, 2013

Lima Jejaka ini..OMG!!heee...

Salam semua,

Arini tergerak pula nak tepek pic-pic jejaka Malaysia yang sungguh buat aku CAIR..alahai..alahai..yuk cuci mata..kikiki~

En.Fahrin Ahmad

Nama: Fahrin bin Ahmad
Tarikh Lahir: 09 Mei 1979
Asal: Johor 
Umur: 34 Tahun
Status: Bujang
Ketinggian: 180 m
Berat Badan: 86 kg
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UITM
Pandangan peribadi: Jejaka ini seorang yang matang dan tegas, serta sangat berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.

En. Remy Ishak

Nama: Mohammad Zalimei Ishak
Tarikh Lahir: 11 April 1982
Asal: Masjid Tanah, Melaka
Umur: 31 Tahun
Status: Bujang
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Pandangan peribadi: Jejaka ini seorang yang macho dan aktif serta seorang yang berbakat dalam bidang lakonan. Dia juga seorang penulis yang menarik.

En. Beto Kusyairy

Nama: Nurkusyairy Zakuan bin Osman
Tarikh Lahir: 19 Feb 1980
Umur: 33 Tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Diploma Perhotelan, UITM
Pandangan Peribadi: Jejaka ini seorang yang berbadan kecil namun berhati besar. Tegas dan sangat-sangat respect dengan cara penjiwaan watak sebagai seorang yang out spoken. wow!


En. Karl Shafek

Nama: Khairul Shafek bin Ibrahim
Tarikh Lahir: 28 Mac 1981
Asal: Pekan, Pahang
Status: Bujang
Ketinggian: N/A
Berat Badan: N/A
Pendidikan: Diploma Multimedia TV3
Pandangan Peribadi: Jejaka ini seorang yang sopan santun dan manja. Sangat berbakat dalam bidang pengacaraan namun kurang menonjol dalam bidang lakonan. Perlu di gilap lagi! oh yey..

En. Afiq Muiz

Nama: Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah
Tarikh Lahir: 1 Mei 1992
Umur: 21 Tahun
Status: Bujang
Asal: Kelantan
Ketinggian: 185 m
Berat Badan: 80 kg
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Pandangan Peribadi: Jejaka muda ini telah menunjukkan bakat besarnya dengan menjiwai watak sebagai seorang yang macho & matang walaupun baru berusia 21 tahun. Dapat merasakan bintang dia bakal bersinar dan merupakan pelapis yang hebat.

Wednesday, March 27, 2013

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd,Mesilau Kundasang.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Jam telah menunjukkan 0031 Hrs. Di mana seharusnya pada waktu-waktu begini, kalian seharusnya nyenyak di buai mimpi, namun,wanita bujang ini masih segar terkebil-kebil menaip sambil menikmati hobinya yang tak seberapa ini..Alahai..alahai..

Cuma nak share something yang more interesting kepada para-para reader sekalian, emm..pernah jejakkan kaki ke Borneo? Kalau belum pernah lagi, lepas ne..pegi check tambang murah Airasia..mari terbang ke Negeri di bawah bayu ini.

Desa Dairy Farm, Mesilau Kundasang atau di kenali juga sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.  Kawasan tanah tinggi yang wajib kalian jejakkan kaki tau. Ladang seluas 199 haktar yang terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Di mana, hanya 30 minit sahaja dari Kinabalu Park dan 10 minit sahaja dari Bandar Kundasang.


Dengan pemandangan yang sangat indah, sejuk dan nyaman ini berada di ketinggian 2100 dari paras laut. Orang lain cakap sejuk dia ala-ala Genting Highland & Cameron Highland. Tapi aku tak kisah pun sejuk dia macam mana cuma..permandangan dia tu..peh, ala-ala New Zealand ok..Hehe..

Dengan lembu-lembunya yang warna Itam-Putih..kalau nak kelentong orang bitau kat New Zealand macam iklan Fernleaf tu pun boleh..kikiki...

Dengan pemandangan yang indah ini jugak, kalian mungkin dapat tengok Gunung Kinabalu sehabis baik sebelum kabus memunculkan dirinya. Dekat sabah ne, nak kejar pemandangan gunung kene bangun seawal 0500 Hrs dan pastikan sebelum 0830 Hrs kalian dah selesai posing amek gambar latar belakang Gunung ok. 0830 Hrs Selesai. Itu tips ok..tapi kalau rezeki malam sebelumnya tak hujanlah.

Masuk ke bangunan Desa Cattle, boleh shopping susu lembu fresh dan boleh bermesra secara dekat dengan para-para ibu-ibu lembu kambing, serta anak-anak lembu kambing sendiri..Haha...


Malangnya, aku sampai pun dah agak lewat siket. Tak sempat tengok diorang perah susu lembu. Untuk maklumat, seekor lembu tenusu di sini boleh menghasilkan 14 Liter susu sehari.

Pemprosesan susu : 
Setiap Selasa, Khamis dan Ahad 
Jam : 1000 Hrs - 1400 Hrs

Proses Pemerahan susu:
Setiap Hari
Jam: 1500 Hrs - 1700 Hrs.

Dekat area sini jugak, boleh ambil peluang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak lembu dan kambing. Tak pernah-pernah kambing ngan lembu kat kampung tu aku nak melawat dan beramah mesra, datang dari jauh, pegi sini boleh pulak beramah mesra kan? Haish..dah masuk kene bayar kan..kalau free macam kat kampung tu tak hairan. Boleh bagi makan rumput-rumput dan menyumbat susu botol kepada anak-anak kambing dan lembu di sini.

Di senaraikan beberapa maklumat penting sebagai rujukan bagi yang ingin berkunjung:-

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd
Mesilau Highland, Kundasang, Sabah.
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-8895 62
Fax: 088-8895 62
GPS: 6.013877 lat, 116.593519 long
Entrance Fees: RM 4.00 (Dewasa)
RM 3.00 (Kanak-kanak)

Saturday, March 23, 2013

Senyuman itu dan Tangisan ini...

Awak..
Awak ingat tak time mula-mula, awak pick up saya dekat masjid UTM lepas solat zohor. 1st time awak tengok saya, awak sound..panjangnya kaki!!..haha..

Awak...
Awak ingat tak time kita pergi makan dekat Kenney Roges. Saya main cucuk-cucuk garfu kat tangan awak.  Lepas dapat makanan dengan slumbenya saya nak cucuk makanan. Awak sound, Iskh..tak geli ke dah main cucuk-cucuk garfu tu kemudian nak cucuk makanan pulak. Pastu kita kongsi guna sudu dan garfu yang sama dan kongsi maknan yang sama. Awak memang kedekut!!..haha..

Awak..
Awak ingat tak time saya kene temankan awak pegi PC Fair.  Dengan pakai baju kurung zibra lepas majlis kawen kakak Aji, sebab ramai sangat orang dekat PC Fair tu, awak tarik je tangan saya sebab takut saya ilang. Hehe...

Awak...
awak ingat tak saya sibuk sangat nak main air laut, awak bawak saya pergi pantai  tapi dalam masa yang sama cari petrol pump sebab minyak kereta awak tinggal setakuk je lagi. Saya sibuk main air, awak marah saya sebab seluar saya basah, awak melutut lipatkan kaki seluar saya...hehe..

Awak..
Awak ingat tak awak kene paksa bangun tidur awal temankan saya pergi jogging pagi-pagi kat tepi sungai. Tapi saya baru 2 round dah tak larat dah, awak marah saya sebab saya tak cukup stamina. Pastu kita duduk sama-sama bersila dekat bawah pokok yang ada batu refleksologi..tajam-tajam..hehe..

Awak...
Awak ingat tak, saya sakit tekak..tapi saya sibuk nak makan steamboat yang dekat jam besar tu. Awak bawak jugak saya pergi makan, tapi awak senyum jer tengok saya makan sambil meleleh air mata sebab kuah kacang dia yang pedas tu sakitkan tekak saya..huhu...

Awak...
Awak ingat tak, awak suruh saya print resume banyak-banyak pastu temankan saya pergi Job Fair. Alamat-alamat pejabat dan semua kekosongan jawatan awak tolong salinkan. Ingat lagi saya tinggalkan resume nak mintak jadi Manager KFC. Heeee...

Awak...
Awak ingat tak, saya dapat hadiah kapal layar dari awak. Awak bagi hadiah tu, tapi pembalut hadiah dia tak cukup. Depan awak balut guna sampul lain, belakang pulak awak balut guna sampul lain..kelakar tengok..

Last but not least...


Air Kotak milo ne dan coklat Cloud 9 wafret twins ne yang awak bagi saya untuk breakfast biar saya tak lapar..Bila saya makan benda ne saya teringat awak...huhu...

Friday, March 15, 2013

Angin...


Kinabalu Mountain

Sesekali,
pergilah ke tanah tinggi.
Berdiri di kawasan lapang,
pejamkan mata,
dan nikmati tiupan angin.
Udara segar dan bayu lembut
yang bertiup bukan sahaja menyegarkan minda dan tubuh,
tetapi juga jiwa.
Cuma kita perlu merasai dengan hati,
Kebesaran ALLAH swt
yang menciptakan angin 
yang sedang..
dinikmati~
Related Posts with Thumbnails