Followers

Friday, March 25, 2011

Semakin Obses dengan blouse online...

Salam dan selamat sejahtera buat sume reader yang datang menjengah. Jom tengok blouse cute-cute kat sini..heeeee~~ (",)


eh..sila jangan tekan butang keluar dulu, sebab entry kali ni bukan sebab aku nak jual blouse yer..tapi seronak ngan teruja lak nak share blouse ape yang aku beli akhir-akhir ne. hehehehe~

sebenarnya nak di jadikan cerita, dah duduk skudai dalam 5 bulan ne..dekat lak ngan kak aina pemilik butik online Koleksi Citera Aainaa makanya, tanpa dirancang aku dah semakin menjadi regular customer cik aina..hehehe...tapi nak buat camne, dah baju-baju blouse yang cik aina jual cute-cute ngan sweet-sweet sumenya. Rasa berbaloi kot beli. Cube bayangkan 5 bulan kat sini, dah 4 pasang baju yang aku borong. Hahaha...ini bermakna, dalam masa sebulan gaji, aku pasti borong sehelai baju cik aina. emmm...cuma bulan terakhir ne..poket "terkering" lak sebab perbelanjaan di sekat kepada roadtax tamat tempoh arini..gegegege..


meh sini meh..nak kongsi ngan korang sume rupa-rupa baju yang aku beli..hehehe...dah sebut rupa macam buruk lak kan..fasion-fasion blouse yang aku beli dari koleksi citera Aainaa..


blouse kat atas ne for the 2nd time aku beli r after yang warna coklat kat atas tu. Yang coklat kat atas tu 1st time aku tengok gambo jer dah terus jatuh cinta ok. sebab bunga dia kecik-kecik, nampak sweet je bila pakai. smpai cik bos kuar ngedate ngan aku siap cakap lagi.."awk cantik r pakai baju coklat ne, kite nak amek satu jugak r..hahahha..see pelanggan boleh menarik cik bos untuk turut serta memborong yer.

then aku beli lak yang 2nd Blouse warna turquoise. saiz L jugak sama macam saiz yang coklat tu. sangat-sangat selesa dan bila pakai kain dia sejuk jer serta yang paling aku berpuas hati adalah warna dia memang susah nak pudar. maksudnya, korang dah pakai sekali then terus basuh warna dia still lagi terserlah. memang terbaik ok. *serius..sy tak berminat mengampu..hahahaha~


the nice pinky ne lak, for the latest one yang aku amek lagi. Masih lagi minat bunga kecik-kecik. Orang selalu cakap ape? "gadis-gadis lagi manis kalo pakai baju match ngan bunga kecik-kecik." Tapi memang aku minat pun, baju kat atas ne design dia ala-ala baju punjabi. Tapi dia pendek siket dari punjabi yang kebiasaannya paras lutut. Lengan dia tak bercekak tapi sedikit terbelah smpai ke siku. Baju yang ne menarik kalo di matchkan dengan seluar warna hitam & tudung warna hot pink. *maaf sy jadi perunding imej lak kan..bidang terjun..harap maklum.


for the last..hehehe...nak senyum dulu...0________________0

senyum lebar nampak kan??untuk bulan ne..sy amek 2 terus sebab terfikir-fikir pasne kalo nak amek lagi dah jauh lak kan..dan nak jumpe ngan cik bos Aainaa memakan perbelanjaan dan masa pulak. Makanya, sy terus merembat sekali dua pasang tanpa memikirkan orang lain..hahaha..takpe..hadiah untuk diri sendiri..bukannya selalu. =P

yang last ne kemeja T. Smart giler bile pakai ngan seluar warna putih dan tudung warna purple+pink. And still mengekalkan bunga kecil-kecil dia. Tapi sebenarnya yang buatkan die smart adalah potongan dia & poketnya. Yang pasti memang cantik r. Ne dia baru tunjuk dalam gambar, cube tengok real, mesti berkenan tau.

tapi kat sini aku nak ngaku, aku memang susah siket nak percaya pada barangan online ne. Sebab kadang-kadang kita tengok dalam gambar cantik giler. Tapi bile dah beli je,then dia hantar kat rumah tak berpuas hati pulak. So untuk beli online yang ini, dah cik bos yang cute-miut ne datang hantar terus tanpa ada penghantaran pos. So memang berbaloi r sebab boleh belek-belek dulu, bole pilih-pilih dulu baru amek. Seronok btol.

emm..untuk maklumat tambahan pada sesiapa yang berminat sila add facebook online cik Aainaa yer. Kat situ lagi banyak pilihan tau, tapi kalo nak cuci-cuci mata pun bole. Cik Aainaa cakap tiada paksaan dalam membeli. Dan keseluruhan blouse-blouse ni adalah made from Indonesia. Susah nak dapat tau. Kebanyakkan kalo blouse-blouse yang korang jumpe kat supermarket tu made from Thailand. Bestnya Indon made kalo compare ngan Thai made ne, kain dia. Yang Indon punya kain dia lebih tebal dan selesa berbanding yang Thai punya lebih nipis dan jarang. Tapi pada sesiapa yang memang berminat pada Thai made punya terpulang. Tapi biarlah harga berbaloi ngan keselesaannya kan.

last but not least, harga dia....sungguh berpatutan. Memang layanan yang mesra pelanggan akan di berikan oleh Cik Bos kepada sesiapa sahaja yang merupakan Regular Costumer beliau. Hehehehe...Around RM30 smpai RM45 r termasuk postage yer. Depend pada jenis baju yang korang ambil.



p/s: Cik Aainaa...sila bagi saya potongan 20% sebab telah promote butik online awk. Hehehehe... Gurau jer..wink* wink**

Thursday, March 24, 2011

Andainya lelaki tahu perasaan ini...

Andai lelaki tahu
dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi
ada rasa ingin di beri perhatian
ada rasa untuk di dengar keluh kesahnya
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andai lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan harus didengari
gembira seorang perempuan ingin di kongsi

Andai lelaki tahu
di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk di tatang bagai minyak yang penuh
bukan juga untuk di manjai
hanya memerlukan sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terus wujud
walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu
hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan
wujudkah cinta itu di hati lelaki
bila saat jauh tanpa perkhabaran
sebagaimana mekarnya cinta itu

tetapi di hati perempuan
biarpun berkali ombak menghempas
tak sekali pantai hati itu berubah



Tuesday, March 22, 2011

follower ke-200

salam reader...CAK!!! (",)........



thanks a lot buat mummy2k coz sudi jadi follower yang ke-200

lama sungguh menunggu dan menghitung hari nak collect member blogger smpai angka 200 ne..

maknanya..ramai dah pembaca-pembaca yang datang singgah kat blog cik didi yang comey ne..hehehe..

mekasih ye korang-korang sume...wink* wink**

Sunday, March 13, 2011

Apa yang membuatkan KAMU bahagia?

saya : awak...ape perkara yang boleh membuatkan awak bahagia?
awak : duit yang banyak dan perempuan yang banyak.
saya : peh..gua rasa macam nak sepak je lu laju-laju tau (dalam hati)
saya : diam membisu (protes sakit hati)
awak : gelak terbahak-bahak..

tapi hakikatnya memang itu saja perkara yang boleh membuatkan seorang lelaki tu bahagia, duit dan perempuan. Rasanya memang tak boleh nak di tegah. Sebab tu kejadian azali bagi seorang lelaki. Tapi seperti yang kita semua sedia maklum, satu je yang melambangkan lelaki..iaitu nafsunya yang satu.

semua tau kan..wanita memiliki 9 nafsu manakala lelaki hanya memiliki 1 nafsu sahaja. Serta sebaliknya dengan akal- wanita hanya memiliki 1 akal sahaja manakala lelaki memiliki 9 akal. That's why r lelaki ne banyak akal kan..hehehe...

ok..cukup-cukup-cukup...entry kali ne bukan untuk compare kelebihan perempuan or kelebihan lelaki, tapi lebih kepada ulasan dan pandangan diri ni..semua orang inginkan kebahagiaankan??

so..jom kita senaraikan ape perkara-perkara yang boleh membuatkan kita BAHAGIA @ GEMBIRA. Selalunya situasi ini boleh mengembalikan mood korang kalo korang dalam keadaan stress ataupun dalam keadaan kecewa.

bagi aku r kan...apakah perkara-perkara yang boleh membuatkan aku GEMBIRA @ BAHAGIA..

  1. mendapat sesuatu yang baru
  2. hazelnut chocolate
  3. cheezy
  4. mengetahui ada seseorang sedang merindui aku.
  5. mengetahui ada orang memuji aku.
  6. memeluk insan tersayang
  7. berjalan berpimpinan tangan ngan insan tersayang
  8. makan sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan. Lepak just untuk makan ABC or cendol pun best.
  9. main air di tepi pantai.
  10. tengok layang-layang ataupun kapal terbang yang terbang tinggi.
  11. tengok kapal laut lalu depan mata.
  12. menonton siaran television yang diminati (vampire diary & ghost whisper)
  13. bunyi ombak.
  14. main bowling
  15. chocolate ice with pearl bubble.
  16. spend time with "him"
  17. oreo mcflurry
  18. dapat selesaikan perkara yang tak mampu diselesaikan setelah sekian lama.
  19. tiup buih sabun
  20. waktu HUJAN...
ok..cukup-cukup..20 je yang mampu disenaraikan. sebenarnya banyak lagi. tapi malas dah nak taip..hehehe..dengan buat entry ne pun dah boleh buat aku bahagia tau.

jadi..kepada all reader yang sedang dalam keadaan bosan, tertekan, kecewa dan segala mood-mood negative yang lain. Jangan hancurkan hari anda dengan terus-terusan melayang mood tu ok? korang sendiri paham diri korangkan? tau apa perkara-perkara yang boleh membuatkan korang happy..so..dalam situasi negative mood memuncak..cuba lakukan 5 perkara yang boleh membuatkan korang bahagia.

contohnya tengah tension-tension ne, make-up muka ker, bergayut tepon ke, makan askim ke, tidur atau buat senaman yoga..hahahha...terpulang r yer..yang penting lakukan sesuatu yang sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara yang boleh membuatkan anda bahagia. Then ur life will be better for that day...

birthday gurl turned to 24th

Related Posts with Thumbnails