Followers

Sunday, February 27, 2011

Yang Pahit & Manis semuanya tercoret di situ...

Akhir-akhir ne semakin kerap menjelajahkan diri kat blog cik Zara...penulisan dia sungguh memberiku inspirasi dengan segala bait-bait perkataan yang digunakan..syabas buat Zara..kamu memang di lahirkan sebagai seorang penulis..

senyum...
sedang cuba untuk menjadi seperti kamu..menulis berpandukan kata hati...

paling aku suka..penulisan dia..banyak daripada bentuk perbualan..pasti ada dialog-dialog di situ..
hai..serius..cukup suka dengan penulisan kamu...
senyum lagi...

emm..aku masih berada di kampung halaman kini, dan seperti biasa esok pagi-pagi akan bergerak terus ke tempat kerja..Alhamdulillah..kontrak pekerjaanku masih mahu di teruskan lagi oleh incik Dr..terima kasih..senyum lagi..

cukup..aku tak mampu menjadi seorang sakarstik seperti Cik Zara..kembali kepada asal..wink* wink**

ok..its me...

perempuan..
lebih suka memendam rasa dari meluahkannya..macam tu jugak aku..tapi mungkin hanya beberapa je kawan kamu-kamu semua..ataupun kamu jugak yang hidup dengan menulis diari..maksudnya sepanjang kehidupannya ada terdapat diari sebagai penyimpan segala kecelaruan dalam hati, kegembiraan, kesakitan yang di tanggung sendiri, rahsia yang tak harus diluahkan ataupun tempat pengaduan..

setakat ne..aku tak jumpe lagi lelaki suka menulis..dan mempunyai diari..tapi kalo ada aku memang respect gila pada lelaki tersebut..masih ada masa untuk meluahkan serta mencurahkan segala yang di pendam pada helaian-helaian buku..syabas buat kamu (lelaki)..

tapi kalo wanita..itu semestinya pasti..kat sini..aku nak share mengenai diari-diari yang aku miliki..

ada orang buat blog sebagai diari maya mereke..tapi bagi aku blog ini hanya sebagai satu alternative lain untuk berkongsi rasa..selebihnya hal peribadi yang wajar menjadi rahsia bagi diri aku..masih tersimpan rapi dalam diari-diari simpanan ku..


Ni semua koleksi diari aku..aku mula menulis dari darjah 6, ketika usia ku 12 tahun lagi..tapi berhenti kejap..sehingga umurku meningkat remaja..dan mula menulis kembali sembilan tahun lepas..

bagi aku diari itu perlu sentiase berada kat sisi aku, sebab tak semua perkara yang berlaku dalam hidup ini, kita mampu untuk meluahkannya kat seseorang..dan kemudian insan itu mampu memberi respond yang positif..cukup sekadar dia menjadi seorang pendengar yang baik dan hebat..walaupun tiada penyelesian yang akan di berikan...hal itu cukup-cukup memadai.

begitu jugak diari..diari hanya sebuah buku kecil yang memiliki helaian-helaian yang penuh dengan tulisan berdakwat..dan dengan hanya tulisan berdakwat itu..ia mampu merungkai segala kekusutan dalam hati ni..dalam diari itu juga terdapatnya doa-doa yang tak mampu di ucapkan dengan kata-kata...tapi hanya melalui tulisan semata-mata..

namun,dengan hanya tulisan itu juga ia mampu menenagkan jiwa ku ini kembali seperti asal..


ne diari pertamaku setelah kembali menulis..kecik je kan..cukup sekadar sebesar tapak tangan..di sini tertulis bagaimana aku berusaha keras untuk masuk ke tempat idaman ku Kolej Matrikulasi Johor..Alhamdulillah..aku berjaya menjejakkan kaki di situ..senyum...


lihat..
gelak kecil...tiga tahun berturut-turut aku guna jenis diari yang sama..betapa sukanya aku dengan jenis buku tu..memang sangat comel..dan ada klip kat sisi dia..cukup-cukup sesuai jadi diari gadis remaja cute waktu tu..tiga buah diari ne banyak menceritakan bagaimana aku merangkak-rangkak berusaha menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia, pahit-manis di KMJ dan permulaan kepada kehidupan di alam kampus Universiti Malaysia Terengganu serta kehidupan seorang perantau..indah den penuh dengan pengalaman bermakna..senyum...


mula bersikap dewasa dari segi perlakuan dan fikiran ketika ini..namun sedikit kebudak-budakkan dengan kulit depan diari yang berupa sukan basketball...gelak lagi..bukan bermakna aku gila basketball ketika tu..tapi apa yang menarik aku berminat untuk menjadikan buku ini diari adalah disebabkan ungkapan di hadapnnya..."MY COURT,MY RULE".. meaningful bukan??same as...ini diari ku..jalan hidupku..dan juga terdapat undang-undangnya sendiri..iaitu..prinsip hidupku...

lama jugak guna diari ne..sebab muka suratnya banyak..lagipun aku bukan seorang yang konsistent menulis sejarah hidupku hampir setiap hari..hanya beberapa perkara yang penting dan beberapa perkara yang bersarang dalam hati ne yang tak mampu di luahkan..baru terwujudnya coretan di situ..


The last but not lease..my lovely latest diary..looks like ala-ala flora dan fauna lak kan..senyum meleret..sangat-sangat cantik..dan sungguh lama mencari buku jenis ini untuk dijadikan diary..akhirnya terjumpa jugak ciri-ciri diari yang diidamkan..hoho~~

sangat-sangat tebal..dan kulitnya kelihatan seperti baldu..

mungkin akan diguna pakai 3 tahun lamanya..senyum..tapi setakat ne dah guna hampir suku muka surat..dia ada mood-mood penting untuk mencoret..senyum..

semuanya tersimpul rapi dalam setiap diari-diari ne...

ada masanya..aku akan bukan balik..baca buku cerita ne..tak sangka semua coretan itu,bila disambung-sambungkan akan menjadi sebuah novel kehidupan yang unik...

ada kalanya aku membelek satu per satu..untuk mencari kata-kata semangat yang semakin hilang dan pudar dalam kesibukan hidup dan saat-saat kecelaruan fikiran...

dari kota tinggi kemudian ke tangkak,muar kemudian ke Kuala Terengganu dan pulang semula ke Johor...dan kini di Skudai..pasti kesemua diari ini menjadi peneman hidupku..semangatku..

tapi....

ada ketikanya juga..aku terfikir..mana harus ku campakkan saat aku kesibukkan di alam makin dewasa nanti??

adakah...

ingin di bakar agar keseluruhannya hanya tinggal kenangan...
atau mungkin di simpan dalam peti besi yang di kunci ketat??
atau di turukan kepada anak-anak sebagai tantapan umum??

gelak besar...

mungkin..aku akan mengambil keputusan..untuk melupuskannya..agar kamus hidupku ini tidak ada pembacanya..cukup sekadar tempat mencurahkan rasa..walaupun..tiada respond yang muncul darinya..

dan jika insan yang tersayang terjumpa dan membacanya..sila jangan tersalah mentafsir atas segala pengalaman hidupku..kerana ia hanyalah sekadar masa lalu ku...

hakikatnya..setiap manusia ada zaman gelap serta zaman terang masing-masingkan?

nota akhir:
  1. sedang berusaha belajar macam mana nak pakai eye shadow dengan warna yang di bland..mari berusaha.
  2. tegar dan tekun buat sit-up..kerana telah menerima teguran dari juri awam tak bertauliah mengenai perut yang semakin berkembang pesat.
  3. projek kerja hampir selesai..dan sedang berusaha keras menyiapkan sehabis baik...walaupun ayat-ayat omputih yang sedikit tungang langang..takpe..aku ada kawan yang berfungsi sebagai kamus dwibahasa.
  4. Sedang mengharap dan menunggu panggilan dari company yang di impi-impikan..sila doakan rezeki ku yer. amin~

Friday, February 18, 2011

"Kebahagiaan" itu ADA....

usah salahkan waktu yang terlalu pantas..tetapi salahkanlah diri sendiri yang tak pernah kenal erti disiplin..huhu~~

untuk makluman semua, segala peristiwa bahagia dengan rakan-rakan seperjuangan akan di update selepas ini..hanya kadang kala sahaja perbicaraan daripada hati akan muncul pada entry-entry akan datang..

segala aktiviti-aktivi imbas kembali akan muncul..walaupun peristiwa itu sudah hampir setahun berlalu..adoi..ayat nak skema ape kene r kn..*gelak...

ok..kita teruskan dengan "Hari Pening Sedunia" tu yer...

last kitorang jumpe balik after tamat belajar time konvo aritu..then semuanya buat haluan masing-masing...bersusah payah mencari kerja untuk bayar PTPTN pada hakikatnya r...then kitorang buat r 1st reunion untuk ahli-ahli club Max-G..tapi hanya beberapa je yang terlibat..lain-lain sume menghadapi kekangan waktu, kewangan serta kejauahan..gegege...aku paham keadaan kalian semua..dalam hati meronta-ronta nak turut serta kn?kn?kn??

so mcm biasa nak gak tampal-tampal pic untuk segala aktiviti yang di jalankan..then dari segala macam pic-pic tu r kita bole elaborate kn..teeeheee~ *padahal nak promote muke..SETUJU!!


so..inilah antara insan-insan yang terlibat dalam menjayakan "hari pening sedunia" itu..lelaki 5 orang dan selebihnya pempuan..sebenarnya plan mula-mula nak reunion gadis-gadis gedik je..tapi saje je yang si mamat-mamat macho ne nak join kn..so layankan je r..lagi ramai lagi seronok..yang penting misi nak temukan 9 orang gadis-gadis pingitan itu berjaya..teeehee~~


mula ngan beratur untuk main Robo Crash A.K.A "kete langgar" gegegge...masuk je kitorang..habis sume kitorang kongker...hohoho...time ne r nak balas dendam nak langgar kete orang lain kan..kalo kat jalan raya tu..mmpu kene saman..terbang rm300 kn..so..time ne r paling seronok..dok gelak sakan jer...


hohohoho...aku berkuasa untuk melanggar sesiapa saja di sini...time ne r dok terbahak-bahak..tibe-tibe terpikir balik..dah lame aku tak gelak sakan..bila ngan bebudak sengal ne je..segala keayuan aku hilang dengan serta merta..*harap maaf pada insan-insan yang meminati diri ini..kerana aku sedikit plastik A.K.A control ayu...=P


minatang ne ape tah namenye..aku dengan senang hati menawarkan diri sebagai cameraman sepenuh masa yer. Dapat lak pegang SLR d3000 azie punya..makin seronok aku..tapi di sebalik tabirnya pada sesiapa yang mengenali aku..tau dah kn aku ne gayat tinggi..so dari aku dah smpai tinggi-tinggi tu then aku melalak..serta boleh membuatkan sume membe-membe aku sengan nak ngaku aku ne membe die..better takyah buat penyakit r kan..teeeheee~~


Ne pulak mixed DNA..tak silap r nama dia..peh..sesiapa yang terlibat naik minatang ne..confirm.."muntah hijau"..kalo dapat tengok mamat yang tengah senyum kat kamera tu..tu one of my klik r..kitorang panggil dia "dol"..mula-mula naik senyum lu..turun-turun jer...hambik..tong sampah pun jadi tempat die membuang..."Bueeek"...tak mampu nak tengok..kang aku yang tak naik pun nak muntah sebab tengok dia muntah..tapi kitorang dari bawah dok golek-golek gelakkan jer..haa..sape soh naik..

prinsip diorang kat sana senang jer..."kitorang bayar 35 hinggit untuk muntah ok!!!"...owh..ok..teruskan yer...aku tak kisah rm35 aku terbang..sebab yang penting dapat hang out ngan korang sume...lalalalala~~


mainan ne pun boleh gak buat sesiapa yang naik muntah..hahahha..aku naik ngan wani..sebelum naik dok pk..ala..mainan ne roller coster mini je ne..kanak-kanak ribena je yang naik...tapi..hambik ko..mau 20 x round pada arah yang sama..confirm-confirm korang turun..berat kepala korang sebelah je wei..adoi...padan muka kami-kami semua..lama gak r nak stabilkan balik graviti kat situ..


aku tak ketinggalan jugak naik roller coster yang tinggi tu yer..hahaha..even aku gayat pun..tapi dah kene pujuk ngan budak-budak ne 5x join jugak r..time ne r nak jerit sampai ilang suare kan..emm..pic takde sebab takde cameraman time tu..huhuhu..

then kitorang g makan kat Chicken Rice Shop..


haaa..mesti terliur kan tengok ayam masak butter ne..peh..syahdu giler dapat makan..lagi r makan berebut-rebut ngan bebudak ne..sungguh menyelerakan..habis beratus pun takpe..sebab sume memang tengah kebulur pas pening-pening lalat kan emm..pening lalat ker??aku rasa macam pening tebuan jer..hahahaha~~

bersurai around 4pm rasanya..then sumenya bergerak balik ke destinasi masing-masing..aku pulak ikut syah ngan aji g tengok friendly match bola sepak antara KL dengan Harimau Muda..1st time r hari tu dapat tengok apek si penjaga goal A.K.A Khairul Fahmi ngan si safee sali performed kat padang..tapi malangnya..kerabunan mata dah semakin melampau..makanya aku pun terkebil-kebil je r dok perhatikan mereka..hahahha...

ok..thats All..Arius Amigos~~
Take Care to all reader...DAA~~

Wednesday, February 2, 2011

Question in the deep inside...

There's a time in life when i question myself why i can't do this? why i can't do that. I keep on thinking of what i should have until i forget what i have with me right now. Sometimes i always wish that i am this and i am that...until i missed to be thankful for everything i had.

If I fail, I try again, and again, and again. If YOU fail, are you going to try again? The human spirit can handle much worse than we realize. It matters HOW you are going to FINISH. Are you going to finish strong?

I used to think that I needed my circumstance to change before I had any hope. I wanted to know that there was someone else out there in my position, to know that there is hope, that there is more than just the little box that I see in my life

What do you do when life seems to have put you into a position where everything seems hopeless, difficult and pointless? Do you just give up and walk away? Do you let your mind overwhelm you with whispers of despair or do you reach deep down inside yourself and pull up faith and courage to keep going no matter what until you succeed?

~NONE~

Ucapan khas buat insan tersebut..

selamat bertunang buat kamu...
semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin...
dan berbahagia dengan si dia yang tersayang yer...

Aku turut bahagia jika kamu bahagia....(",)


Tuesday, February 1, 2011

Oh February...

salam reader..lame tak bersua..

last entry aku disember 2010, dah sebulan masuk tahun baru kan..terindu-rindu lak nak menaip kat sini..banyak yang berlaku sepanjang sebulan awal tahun baru..tapi..biarlah rahsia..

emm..one of blogger ada tag aku pasal 25 things about me..cik aidan yer..thank you very much..nanti didie update tag tu yer..emm...yang pasal hari pening sedunia pulak..masih bertangguh entry tu..maaf r yer..bukan sebab nak mungkir janji..sebab tak update..tapi ada beberapa masalah dalaman yang tak mampu di tangani sorang-sorang...huhuhu~~

takpe..pasne..this blog takkan di privatekan lagi..and to be continue..with everything yang aku rase seronok nak di kongsi...

emm..by the way..just nak ucapakan selamat datang untuk February...

bulan yang mungkin banyak perkara-perkara baru yang muncul dalam hidup ne...

pape pun..kebahagiaan ke...dugaan ke..anggap je r sume tu dugaan dari DIA untuk mengajar kita erti kehidupan yer..

sedang berfikir-fikir..apakah pekerjaan impian yang sedang di impi-impikan...huhu...potensi diri pun aku blur jer..cmne nak aim kn...apakah..apakah...apakah...dugaan btol...

end of entry...SELAMAT TAHUN BARU CINA..buat sahabat handai yang beragama buddha..sila rajin-rajin layan cite SHAOLIN yer...hehehe...jalan cerita best..or maybe bermakna..tapi slow siket.. aritu tengok..start masuk jam 7.45 petang keluar jam 10 malam...peh tak panas lak punggung duduk lame ek...action cite die tak banyak...tapi sape yang peminat andy lau ngan jackey chan..g r tonton yer..ada r beberapa babak jackey chan yang sengal-sengal ubi boleh buat korang gelak terbahak-bahak..gegeggee~~


daa~~
Related Posts with Thumbnails