Followers

Saturday, September 11, 2010

nak bebel siket bole???oh..ok..bole...

huh..kalo ikut dalam kelender arini adalah hari raya yang kedua bagi umat islam kat Malaysia..namun kalo ikut kelender aku..arini spesen je mcm hari-hari biase..semalam je kot rasenya mood raya tu wujud...arini sepanjang hari duduk lepak umah, kemas umah..dan untuk pengetahuan sume arini baru masukkan kuih raya dalam balang kuih raya..betapa tak update langsung tentang raya yer aku ne..."saya sangat tak teruja dengan raya...sekian~~"

arini bukan nak bebel pasal raya...kalo nak tengok pic raya..tengok r minggu depan or minggu depan lagi baru aku upload...huh..ada ke orang nak usha pic raya aku???oh perasaan sungguh diriku ini..

semalam aku linkkan lagu KIMIA-Melda Ahmad kat blog ne..tapi rasenya takde sape pun yang perasaan kot..sebab aku dah pun meng-removekannya sebab tak tahan dengan lagu tu yang menganggu konsentrasi aku nak baca pape pun yang tertulis kat blog ne..huhuhu...lagi-lagi autoplay pulak kan??masuk je blog terus bunyi lagu tu "melalak"...peh...mau tak berdengung pale otak aku..lagi pun time mula-mula aku aku daftar blogspot ne..banyak gak tip aku baca kat blogger-blogger otai...tolong r jangan letak lagu autoplay kat blog korang yer...sebab memang menganggu konsentrasi...baik-baik ada orang nak datang jengah blog korang...sekali klik jer..lagu terjerit-jerit..dari mood nak baca terus click cancel...huhuhu...ne bukan aku rase r..tapi memang pun..kalo nak letak lagu pun..letak r..kene klik play baru die berbunyi..sebab tak semua orang sukakan kebisingan nak membaca or nak study kan????

tapi kebiasaannya...kalo aku jengah kat blog orang lain..dan ada lagu sedap autoplay yang di dengar...aku akan biarkan je blog diorang tu terbuka di samping aku bukak blog orang lain untuk baca kat new tab...sebab time tu tengah nak layan lagu kan???so pada sesape yang nak letak lagu kat blog tu..boleh jer..takde yang melarang..aku pun tak larang..cuma letak r lagu yang mendamaikan yer???pesanan dari cik didi...kikikiki....


lagi satu aku nak bebel pasal membe yang add korang kat facebook....what u guys think about it??? korang ne jenis cmne ek??? adakah korang ne jenis meng-approve je sume insan-insan yang add korang ek?? or korang akan buat proses tapisan dulu baru approve???dok belek info die dulu..tengok pic dulu..or dari nama korang dah knal orang tu membe time sekolah korang???

peh..tak macam banyak pulak soalan aku ek??tapi nak tanya pendapat korang r...

sebab situasi ne dari pengalaman aku r kan...kalo misalan orang cakap yang aku ne tak friendly..sume tu bohong belaka r..sebab aku memang sorang yang friendly kalo korang jumpe aku depan-depan..tapi kalo kat alam maya ne...prinsip aku..."I DON'T TRUST ANYBODY"...

peh statement tak macam berlagak pulak kan???kuikuikui....

tapi tu r..sebenarnya...kat alam maya ne macam-macam bole jadi..orang menyamar jadi orang lain r...sebenarnya die pempuan kat fb bole tukar jantina jadi lelaki r..perempuan bertudung litup kat fb bole jadi pempuan yang ala-ala pelacur r..dan banyak lagi r...macam-macam bole jadi kat alam siber ne...

penah sekali tu ada sorang hamba Allah ne..sanggup gune nick name tah ape-ape tah.."damai rimba" r..."sambal ikan bilis" r...add aku semata-mata nak tau perkembangan aku dengan pakwe die..oh..mengapa sehingga begitu jadinya???dengan primary photonya gambo kartun cute-cute...langsung takde pic manusia tulen...motifnya satu jer.....nak tengok kat wall aku..nak tengok kat collection photo-photo aku ada tak pic boyfriend die...adoi...korang rase bole diterima akal tak aktiviti-aktiviti ni???

kepada insan-insan yang bergelar wanita yang mempunyai banyak masa terluang serta sanggup menyamar menjadi orang lain untuk mengetahui aktiviti-aktiviti aku...korang silap...aku tak akan sama sekali mengapprove korang yer...lagi pun AKU BUKAN PEMPUAN YANG SUKA GANGGU BOYFRIEND ORANG....mekasih untuk maklumat semua...

aku memang ramai kawan lelaki..tapi bagi aku lelaki yang teristimewa itu cuma seorang jer..dan sebelum aku terima die menjadi yang teristimewa...aku telah pun memastikan si dia bukan milik sesiape...mekasih...


insan yang add aku ne...aku pun tak berapa pasti kenapa dia boleh terpikir name samaran "sambal ikan bilis" ne ek....maybe sebab suka makan sambal ikan bilis kot..huhuhu...dah r friendlist dia just 5 orang je...dan kelima-lima mereka adalah membe aku yang memang tren main approve je sesape yang add diorang...emmm..suka hati korang r kan...aidan nadia bitau..orang yang suka menyamar ne di panggil stalker...hate stalker so much...

kalo btol-btol nak kawan ngan aku...sila r berterus terang yer...jangan r sampai menyamar bagai..dari aku minat nak berkawan terus jadi meluat r pulak....sorry bebanyak yer...

by the way...kalo tak silap aku..arini date of birthday, one of my stalker...11 september...HAPPY BIRTHDAY to u yer...have a happy birthday on 2nd day of hari raya...semoga berbahagia..Maaf Zahir dan batin..dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... nak wish secara direct of course die tak layan....so wish je r kat sini...public gitu...lagi pun aku tau die selalu update ape yang aku tulis kat blog ne...hehehehhe....kantoi sudah yer kamu...

kepada sesiapa yang menyamar tu...i'm almost welcome to those yang btol-btol nak bersahabat ngan aku...tapi aku sangat-sangat tak suka kepada insan-insan yang suka melanggar privacy aku...mekasih buat semua yang terlibat yer....salam...

Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir & Batin..

ucapan khas buat semua mahluk yang berakal dan bernafas di bumi ini...


buat semua insan-insan, sahabat handai serta saudara yang mengenali insan yang tidak seglemor mana ne...

buat semua rakan taulan blogger yang sudi menjengah blog picisan ini..serta semua follower...thanks a lot..

semoga berbahagia berhari raya bersama insan-insan yang disayangi..

time raya ne..sila-sila r berpantang bagi sesiapa yang ada penyakit berangkai tu..kencing manis+darah tinggi+jantung...jangan main belasah je makan musim raya ne..dengan air bergasnya, manis, rendang..serta makanan-makanan berlemak tu..

raya-raya jugak..kesihatan perlu diutamakan..mentang-mentang dah sebulan puase bole back-up balik..

jaga diri baik-baik...perkara yang paling berbahagia dalam hidup ne adalah kesihatan yang baik serta di samping insan-insan yang tersayang..

yang memandu pulang ke kampung halaman..pandu cermat..jiwa selamat..

salam sayang dari blogger yang pura-pura nak jadi DOKTOR tak betauliah ne...

hehehehhehe...

kata-kata akhir..

SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

atas segala ketelanjuran kata yang segaja mahupun tak disengajakan ne...
sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari hambanya ini..

Friday, September 3, 2010

Mengejar malam Lailatul Qadar

Salam semua..di harap semua reader dalam keadaan sihat dalam mengharungi saat-saat akhir ramadhan kali ni..diharapkan aku juga begitu...cuma akhir-akhir ne batuk tak baik-baik lagi..hampir 3 minggu rasanya batuk berpanjangan ne..mungkin kekurangan daya imun badan dengan layanan tegukakan ais serta air sejuk yang sentiase mangiurkan masa berbuka tu kan??baru telan ubat batuk dua sudu tadi..ne tengah hampir-hampir lalok r ne...hehehhe..

aku nak share something, bukan atas alasan riak mahupun menunjuk-nunjuk tapi sebagai berkongsi apa yang aku dengar petang tadi dalam ceramah Al-Kulliyah yang dibicarakan oleh Prof.Datuk Dr Harun Din.

Alhamdullilah kita telah pun memasuki 10 malam terakhir ramadhan untuk di sambut dengan segala amal ibadat. Telah dimaklumkan oleh nabi Muhammad kita bahawa 10 malam terakhir itu akan terdapatnya 1 malam di mana apabila kita beribadat di satu malam yang bertuah itu adalah sama dengan beribadat 1000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan. Indahkan????

seperti yang kita ketahui, 83 tahun itu merupakan umur minimum bagi setiap umat Muhammad. Jadi, kepada sesiapa yang mampu mengecapi malam tersebut, dia merupakan seorang umat Muhammad yang cukup bertuah.

Namun, Nabi Muhammad sendiri telah merahsiakan bilakah tarikh malam Lailatu Qadar itu, beliau hanya menyatakan beribadahlah kamu di 10 malam terakhir agar peroleh 1 malam yang sangat bermakna iaitu Lailatul Qadar. Ada juga hint-hint yang menyatakan di saat 10 malam terakhir itu, berkemungkinan ketika malam gajil berlakunya malam tersebut di mana malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.



tapi bagi aku, kalo seseorang tu ikhlas ingin mengejar Lailatul Qadar, insyaAllah ALLAH akan mempermudahkan hambanya itu dan memberi rezeki buat mereka untuk terserempak dengan Malam yang bersamaan dengan 1000 bulan tu. Haa..tu perkara yang aku baru belajar akhir-akhir ne..jika seseorang hamba itu bangun malam untuk beribadat, itu merupakan rezeki yang diturunkan oleh ALLAH baginya untuk mampu terjaga dari tidur beribadat kepadaNYA. Mean, kalo katakan korang memang kes tidur mati r..susah giler nak bangun malam buat tahjud, mean memang dah tersirat takdir korang tak memperoleh rezeki untuk bangun dan beribadat.

beribadat yang dimaksudkan adalah mendekatkan diri pada yang ESA seperti beristifar,bertasbih, membuat solat-solat sunat contohnya tarawih, tasbih, taubat, hajat, tahajud dan segala solat sunat serta membaca Al-quran. Tempoh beribadat ini adalah dari terbenamnya matahari sehingga terbitnya matahari pada pagi keesokkannya. Jadi after berbuka puase je, kita sedang makan itu adalah merupakan salah satu ibadat sehingga segala ibadat yang disebutkan diatas itu merupakan pahala ibadat kita sehingga pagi keesokkannya bersamaan ibadat kita untuk 83 tahun 4 bulan. *jika malam kita beribadat itu terkena pada malam Lailatul Qadar.

Tapi apa yang aku tertarik r, malam itu adalah merupakan malam turunnya kesemua malaikat termasuk malaikat Jibril A.S ke bumi ALLAH ini untuk mengaminkan segala doa-doa yang dipanjatkan oleh hamba ALLAH di muka bumi ini. SubhanAllah, bersyukrnya jika saat itu di perolehi. Dan yang paling seronok aku dengar dia cakap, jika seseorang hamba itu memang sentiasa dekat dengan ALLAH, dia dapat mendengar suara para malaikat bertasbih di malam Lailatul Qadar itu.

Ramai yang bertanya apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu??? Namun Datuk menjawab tiada tanda-tanda yang mampu dikenalpasti bilakah malam itu menjelama, hanya keesokan harinya kita dapat lihat cahaya matahari redup dan malap dari terbitnya matahari sehingga berkemungkinan ke tengahari. Dan keadaan pagi itu damai dan tenang...Indahnyanye ya ALLAH...

so kalo korang terdengar ada yang nyatakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu contohnya air membeku atau pokok-pokok bersujud, mungkin hanya omogan kosong sahaja kerana apa yang kita tahu, carilah Lailatul Qadar itu dengan hati bukan dengan mata kasar.

maaf jika ada kesalahan penjelasan di sini, jika para pembaca yang ada perkara-perkara mengenai malam Lailatu Qadar ini yang ingin di tambah atau ingin memperbetulkan penjelasan aku, dengan hati terbuka aku sedia menerima teguran itu.

mata aku dah start malap-malap ni mungkin effect ubat batuk tu..tak larat rasanya..kepada semua, mari kita bersungguh-sungguh mengejar malam itu, dengan hati yang ikhlas jika terserempak Alhamdulillah dan jika terlepas, memohonlah agar kita di panjangkan umur untuk Ramadhan akan datang bagi mengejar malam yang begitu bermakna itu..InsyaAllah..

Wednesday, September 1, 2010

~Jika Cinta Dia~

Geisha – Jika Cinta Dia

Terlampau sering kau buat air mataku

Tak pernah kau tahu dalamnya rasa cintaku
Tak banyak inginku jangan kau ulangi
Menyakiti aku sesuka kelakuanmu
Ku bukan manusia yang tidak berfikir
Berulang kali kau lakukan itu padaku

Reff:

Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti

Teramat sering kau membuat patah hatiku

Kau datang padanya tak pernah kutahu
Kau tinggalkan aku disaat ku butuh kan mu
Cinta tak begini selama ku tahu
Tetapi ku lemah karena cintaku padamu

*

Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti
Mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku

Back to * 2x

Lirik lagu Geisha – Jika Cinta Dia ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 terbaru.

Related Posts with Thumbnails