Followers

Sunday, June 27, 2010

~Pertengkaran Yang Lembut~

aku dapat dari someone...
but no idea where..sesiape yang menulis ne..thanks a lot coz make me better then yesterday..




.....................................................

Dalam sesuatu perhubungan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati pasangannya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan serta mahupun persahabatan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

di sini terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam perhubungan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini. (yang part ne aku setuju..sebab aku memang cmtu..huhuu...)

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan. (yap..sy kurang profesional.. dan cuba untuk berubah)

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh. (ada bukti yang kukuh aku bertindak sedemikian..namun..ADA KAU KESAH ke???)

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah. (its my pleasure if u want to discuss.. im still waiting...)

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, "BANGSAT", “tak guna”, “menyesal aku bagi benda tu kat kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam perhubungan, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

........................................................

Wednesday, June 23, 2010

entry tiada tajuk...


Seorang wanita itu mungkin boleh memaafkan...
tapi dia bukan seorang yang boleh melupakan...




Tuesday, June 22, 2010

Benci dengan Blackhead..GEEERRRRR~~

kali ni aku muncul with new entry..hehehe...

dah lame dah nak update menda ne..tapi asik takde mood jer..pas belek2 baca blog cik hel..dia pun turut buat entry pasal kegunaan putih telur..so aku pun nak jugak r join bg tip kecantikan untuk sape2 yang nak cantik dan cute gitu...hehehe..

sorry..aku memang suke sengih cm kerang busuk..tiap kali aku taip..aku senyum sorang-sorang..rasenya tak menganggu korang pun kan??

em..korg sume sedia maklumkan..bintik hitam selalu muncul kat wajah ne kalo kerap sangat terdedah dengan pancaran matahari..lagi r kalo yang memang muka bermasalah macam aku ne..(walau bermasalah tapi maintain cute ok)..hahaha..emm..kat sini aku nak kongsi tip kecantikan yang berasaskan benda semulajadi gitu..maklumlah..nak beli SK2 tak mampu kn??panggilan keje pun tak muncul lagi...

benda2 yang diperlukan untuk tip kecantikan ni adalah....


kapas muka+putih telur..

korang just perlukan 2 benda ne je..kapas muka tu..korang amek selaput yang paling nipis..ceraikan r die dari sekeping tu..sebab kalo dah dapat yang paling nipis,dia cepat kering kat muka dan senang nak tanggal...

then korang rendamkan lapisan kapas yang nipis tu kat dalam putih telur tu keseluruhannya..mean biar semua kapas tu basah dengan putih telur.. kalo kapas muka dia takkan berkecai..dia still constant ngan bentuk segi empat dia tu.. perahkan dia sikit..buang lendir-lendir putih telur tu..just pastikan kapas tu basah dengan putih telur tu je cukup tau...

pastu korang tepekkan kat muka korang..selalunya bintik hitam ne banyak kat hidungkn??haa..kalo rasa malas nak letak kat keseluruhan muka.. letak je r kat hidung ok??

taraa....


cmne r keadaanya yer...

aku memang over ok..hehehe..amek aku tepek kat sume muka..see.. senipis yang mungkin ok..memang bau hanyir telur ada orang tak tahan..tapi berbaloi tau.. aku dah selalu buat..kira ok je putih telur tu.. korang buat-buat tak tahan pulak.. cube bayangkan putih telur tu di goreng..kemudian makan lak ngan lauk kicap.. sedap je kn?? hehehehe...

then korang biarkan je selama sejam or 2 jam gitu..kalo memang korang ada masa terluang r..nak relex2.. buat facial gitu.. tunggu sampai dia betol-betol kering tau..

keadaan dia betol-betol kering macam kerak nasi gitu.. dah betol-betol kering baru cabut pelan-pelan dari muka tu.. keajaiban akan berlaku.. korang akan nampak sendiri bintik hitam korang tu tercabut dari wajah korang.. trust me..!!!!

tapi tu r..pastikan betol-betol kering..sebab keras kapas tu r yang boleh menarik dia kuar dari liang roma muka korang tu..cmne bentuknya....


nampak tak bintik hitamnya??
sila klik kat pic untuk lebih jelas ok???

then..other pic yang membuktikan adalah ne...


klik pic untuk lebih jelas ok???

haaa..cube korang try dulu kalo memang korang bencikan blackhead ok..

other info..putih telur jugak korang boleh sapukan ke seluruh muka..untuk dijadikan maskar... sebab aku ada terbaca maklumat r..yang putih telur ne boleh kecilkan liang roma..dan boleh memutihkan muka.. pas je korang bilas muka tu dengan air suap (lagi afdal gitu)..korang akan dapat rasakan muka korang lembut sangat tau..

namun..perlu diingatkan.. jangan kerap sangat pakai ok?? just boleh pakai 3 kali or 4 kali dalam sebulan..sebab telur pun ada kuman tau..lagi r kalo mentah cmtu..

baiklah...SELAMAT MENCUBA...

Friday, June 18, 2010

Jadilah Dirimu Sendiri yang Terbaik...

counting and still counting...

Jika kau tidak dapat menjadi meranti di puncak bukit,
jadilah aur di lembah,
tetapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit kalau bukan pokok,
aur saja pun jadilah..

Jika kau tidak boleh menjadi ribun,
jadilah rumput,
dan hiasilah jalan dimana-mana.

Jika kau tidak dapat menjadi haruan,
Jadilah sepat,
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya.

Bukan semua boleh jadi nakhoda,
lainya harus mengikut saja,
pasti ada sesuatu untuk semua.
Kerana ada tugas yang berat,
dan ada tugas yang ringan.
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan.

Jika kau tidak dapat menjadi bulan,
jaidilah bintang.

Jika kau tidak boleh menjadi jagung,
jadilah keledek.
Bukan mengikut besar kau kalah atau menang.
Cuma jadilah dirimu sendiri yang terbaik..


Douglas Mallock


Wednesday, June 16, 2010

Gadis SunQuick disini...

cak!!!..lame tak merapu meraban kat sini..
nak cakap busy..tak jugak..nak cakap tak busy pun tak jugak..
cume takde mood nak taip pape..
tapi sebab arini..aku kebosanan tahap dewa ke-19 gitu..
makanya aku nak tepek pic2 tentang life aku akhir2 ne...
lantak pi r kalo nak muntah ke ape ek..janji hajat di hati tercapai...kuikuikui...

nah..tepek sekeping pic aku pakai skirt kat supermarket..hehehhe...


posisi promotion

cmni r keadaan aku every weekend yer..keje dengan bersedekah amal makruf nahi mungkar..terasa agak sedey siket sebab every weekend aku semakin busy mencari nafkah dah meninggalkan kehidupan berfoya-foya aku dengan ber"dating"..tapi encik aku busy-body dalam masa sebulan ne..untuk mengelakkan aku berfoya-foya dengan lelaki lain.. makanya aku membuat keputusan untuk berfoya-foya serta berdating dengan para jejaka yang pelbagai peringkat umur...hahahha~~

kedengaran JAHAT disitu..tapi tak r jalang mana pun..hehehhe...

emm..keje aku senang je..sekarang ne sunquick tengah berentap dengan ribena untuk product diorang..salah satunya adalah blackcurrant.. ribena orang knal sebab banyak sgt iklan kat tv kn..tapi sunquick tak..so langkah pemasaran seterusnya..mereka buat sampling supaya semua pelanggan buat kesimpulan tersendiri..minuman apa yang baik bagi diorang dan anak-anak mereka..dari segi rasa, harga dan kebaikannya..

kat sini aku nak promote siket...

pelbagai perisa

"Sunquick mengandungi ramuan utama iaitu vitamin C. Setiap 100ml campuran sedia minuman sunquick mengandungi sekurang-kurangnya 15% pengambilan harian vitamin C yang disyorkan.Vitamin C merupakan antioksidan yang penting bagi menyerap zat besi daripada makanan yang lain. Vitamin ini juga membantu membina dan mengekalkan kesihatan tulang, gigi, gusi serta kulit yang sihat. Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu meningkatkan kesegaran badan sepanjang hari serta memberikan tenaga tambahan. Sunquick disediakan tanpa sebarang perasa tiruan, pewarna ataupun pemanis. Sunquick mengandungi perahan buah-buahan asli yang menjadi pati minuman Sunquick lazat, menyegarkan dan berperisa buah-buahan. Selain daripada oren, anda juga boleh mencuba pelbagai perisa seperti buah-buahan tropika, Mandarin, Mangga, Lemon, Blackcurrant, Beri campuran, Nenas, Tea Ais Lemon serta Pic&Oren."

copy and paste gitu..hehehehe...

keje aku senang je..just bancur air+perisa serta ais..kaco..then siap di minum begitu sahaja di mana jua..poyo btoi..

nak ckp tak suka kerja ne..suka..nak cakap suka pun macam tak suka.. biasa r..idup menganggur ne..fikiran jadi berserabut dan haru-biru siket..

aku suka kerja ne sebab aku boleh jumpa dengan orang ramai..borak-borak dengan diorg..tak r sunyi weekend aku..then bertukar-tukar fikiran.. tau pendapat pelanggan..kalo nak sedapkan hati ala-ala "laison officer" gitu..hahahaha..walaupun indah bunyi dari hakikatnya..

best gak, aku boleh main-main ngan anak-anak orang.. suke tengok diorang berebut-rebut nak minum.. sampai ada sorang budak tu sambil minum siap tanya lagi.."akak..air ne untuk budak kecik je ke??"..tapi sebenarnya untuk semua peringkat umur.. kadang-kadang orang dewasa ne pemalu.. aku soh rasa pun diorang lari...lor..bukan aku soh beli pun..

seronok jugak bila, pelanggan tengah kahausan dengan panas teriknya, masuk supermarket tu aku ulur air.. sejuk je tekak diorang.. last week r, aku ada ulur pada sorang pakcik ne.. muka serius giler.. nak rasa air sunquick ne pun aku dah senyum lebar habis nak tarik die minum..last-last dia minum..

pastu dengan muka seriusnya die..sedap air awk buat ne..cuma satu je yang kurang.. aku telan je air liur sebab takut kene kondem.. manis sangat ke..masam sangat ke..last-last nak tau apa die jawab????

"sikit sangat awk bg sy rasa"...hehehhe..pastu die gelak.. lor,pakcik ne..muka serius habis..rupanya sengal jugak..hahahah..

macam-macam ragam manusia aku perhatikan..seronok perhatikan gelagat orang ramai ne..

kalo tak suka keje ne lak..emmm..biar aku sorang je r yang tau..biar aku sorang je yang merungut kat dalam hati ne..kalo fikir-fikir balik...bukan senang nak senang dan bukan susuh nak senang kn??


double "ayu"

haa..ne 2 orang budak yang dua-duanya nama ayu..diorang ne r yang meng-kecohkan hidup aku kat sana..diorang jugak yang selalu tolong aku pasang meja yang gedabak tu..hehehe.. tapi 2 orang budak ne jugak nak further study..pasne aku sorang-sorang r kat sana nanti.. thanks a lot sis..

ok..thats all from ME...
daa sume...

Tuesday, June 15, 2010

KEBAIKAN BULAN REJAB

REJAB bulan menabur benih
SYABAAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badan
SYABAAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat
SYABAAN bulan muhibah
RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan

  1. Kelebihan bulan Rejab daripada segala bulan seperti kelebihan al-Quran atas segala kalam.
  2. Berpuasa pada awal bulan Rejab pertengahan bulan Rejab, pahalanya adalah seperti puasa sebulan.
  3. Orang yang tidak mampu berpuasa pada bulan Rejab, hendaklah bersedakah setiap hari sekurang-kurangnya sebijik roti.
  4. Berpuasa pada setiap sehari di bulan Rejab dan bersedekah seperti beribadat seribu Haji dan Umrah.
  5. Bersedekah pada bulan Rejab seperti bersedekah seribu dina, ditulis kepadanya setiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebaikan, di angkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan daripada dirinya.
  6. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab iaitu bulan ALLAH.
  7. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada ALLAH pagi dan petang sebanyak 70 kali ataupun 100 kali pada bulan Rejab, maka diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  8. ALLAH jadikan di belakang Bukit Jabal Qar Bumi, yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji perhimpunan pada setiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. ALLAH berkata, "telah aku ampunkan mereka!"
  9. Sesiapa yang berpuasa selama sebulan di bulan Rejab, ALLAH berseru kepadanya, "Telah wajib hanya ke atasKU, maka mintalah olehmu kepadaKU, demi ketinggianKu dan kebesaranKu tidak aku tolakkan hajatmu, engkau adalah jiranKu di bawah ArashKu, engkau kekasihKu daripada segala mahlukKu, engkau terlebih mulia di atasKu. Sukakanlah kamu kerana tiada dinding di antara Ku dan antara kau."
  10. Berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab akan dikurniakan kepada ALLAH mahligai yang besar dalam syurga Firdaus. Siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dan beribadat pada malamnya, seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (sewaktu Al-Quran dinaikkan dan melalui Titi Siratal-Mustakim)

Friday, June 4, 2010

Duhai insan yang bernama "Penanam Anggur"

Penanaman anggur itu baik untuk diri sendiri dan juga orang lain.. mukadimah yang langsung takde kaitannya.. ops~~

emm...
tibe-tibe tersenyum sebab teringatkan kata-kata dari cikgu sekolah aku tadi..
"dah habis belajar ne..duduk r rehatkan minda...penat dah study, siapkan final projek kn?? tapi jangan r lama sangat menganggurnya..nanti awk boleh jadi gila tau.. gila menganggur".. senyum je aku dengar.. dalam hati, macam tau-tau je cikgu ne apa yang aku rasa..
aku akui tu.. bukan gila r tapi lebih kepada tertekan.. yer r..penat ngan tekanan belajarnya satu hal.. pastu takde keje lak ek.. dah r 4 tahun dok menghabiskan duit mak bapak.. dah habis belajar bukan nak menyenangkan parent, malah makin menjadi-jadi r pulak tak mendatangkan faedahnya..huhuhuu~~

amek..claim je..duit masuknya takde..hehehehe~~


kalo insan-insan menganggur yang berfikiran negative macam aku ne of course setujukan?? hahahaha~~

tapi sebenarnya..dalam keadaan macam ne, kita memang tengah "split personality" yang omputih cakap tu.. keliru dengan apa yang di buatnya...

confuse sokmo

semua tu jadi adalah di sebabkan oleh kurangnya motivasi dalam diri.. terasa diri ni tak berguna.. cuba bayangkan...

situasi pertama:
"aku dah sebarkan lebih dari 50 company gune resume aku..asal sumenye tak nak panggil???interview pun tak muncul- muncul pun???" contoh r..aku tak sampai 50 company pun..

situasi kedua:
pastu situasi lain lak.. "susahnya hai, ada degree susah..takde degree pun susah.. nak keje jadi pakar IT..tapi mintak keje perhotelan..tak ke jauh panggang dari api??..of course r, majikan tu pilih budak yang ada degree perhotelan jugak kn?? ape ke jadahnya nak amek budak yang dok mengadap komputer je soh jadi manager hotel???(budak IT jangan terasa yer..)

situasi ketiga:
pastu.. nak mintak jadi guru tuition ne.. tengok result awk??? pas je dia tengok.. asal time PMR ngan SPM dulu result awk gempak ek?? tapi dah masuk U ne merundum terus.. MUET pun dapat band 2?? nape taknak repeat balik?? waa...agak mengapikan credibility aku...mangkuk ne.. tak sayang mulut ke??? aku sekel kang...

situasi keempat:
lain lak ek.. emm.. boleh awk berkerja kat bintulu kalo di beri peluang masuk ke syarikat kami?? pastu,mak lak bising.. ko tu anak perempuan, selagi takde lakinya.. di hantar lak ke bintulu tu.. sape nak jaga kau?? mak nak selagi kau belum kawen ne.. keje je dekat-dekat sini.. buat aku tak lena tidur malam je..


subhanAllah...
macam-macam dugaan yang aku terima.. dulu time belajar rasa cepatlah habis belajar.. dah habis belajar.. nak cari keje lak masalahnya.. baru 2 bulan tanam anggur dah berserabut pale otak ne...


ok..menjawab kepada segala situasi-situasi negatif itu kepada yang lebih membangunkan..
hehehhe...
aku ne..sepatutnya amek kos kaunseling tau..tapi dah rezekinya ke kapal.. aku tak tau r tang mana part kapal tu yang boleh aku kaunselingkan...

tapi sebenarnya.. diri sendiri aku pun tak terkaunseling.. cmne nak kauseling orang kn??

situasi pertama:
relax-relax sudah.. kalo dah namanya syarikat tu memang tak cukup tangan nak selesaikan projek dia.. ada r dia panggil kau tu.. baru dia merayu-rayu kat kau soh daftar diri.. mana tau tak payah interview pun.. kamu di minta mendaftar diri as soon as possible..hahaha... tipu sesangat tu.. takde r.. kalau rezeki kau kat syarikat tu.. even lambat pun dia panggil.. InsyaAllah kat syarikat tu r kau dapat punca rezekinya.. agihkan lah kemana sahaja resume-mu itu.. Dapat keje tak dapat keje lain citenye.. sekurang-kurangnya kita dah berusaha kn??? USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN... poyos seketika

situasi kedua:
sape kata apa yang kita belajar tu sama dengan bidang keje yang kita dapat.. yang penting ada kelulusan dalam hidup ne.. tu yang pentingnya.. tak kisah r, ko jadi bini orang ke, pastu duduk dapur jadi tukang gaji ker.. at lease otak kita berilmu.. bukan cincai-cincai punya bini tu yang duduk kat dapur jadi tukang masak.. haaa... ingat orang duduk dapur tu dok pandang kuali ngan senduk je ke?? otak genius doh...

situasi ketiga:
nak di pertikaikan result time kanak-kanak sekolah dengan uni.. kurang asam btol.. ada satu ayat aku jumpa r.. "jangan menganggap semua orang itu sama seperti kita, sedangkan kita tak pernah mengetahui apa yang sebenarnya dia lalui" thats why r.. jangan r kau anggap..asal r aku takleh survive time uni ne..sedangkan time sekolah dulu giler gemak.. mana kau tau apa yang aku lalu 4 tahun kat uni?? kecewa bercintanya lain, subjek mantul tak masuk kepalanya lain, lecturer berbulu je tengok aku lain.. ape kau tau citer?? hehehhehe... asal r kau judge aku gune sume yang tertulis kat atas paper tu jer?? cube bagi aku keje.. insyaAllah..senang r ko tidur malam aku settlekan sume keje ko.. rela menjadi kuli sepenuh masa gitu.. (ayat mengampu r katakan...) - just give me a chance.. and i will show u my best...(semangat gitu)

situasi keempat:
kadang-kadang time interview ne penel mengertak jer.. sudi ke kalo di campak mana-mana pun?? tapi sebab desperate nak keje punya pasal.. sudi-sudikan r diri di campak ke bulan pun yer.. rezeki tu ada kat mana-mana pun.. kalo aku r.. no hal punya.. "jauh perjalanan luas pemandangan".. tapi tak bestnya part mak tu.. tak tahu nak cakap ape dah.. orang cakap syurga tu kat telapak kaki ibu.. kalo lawan hidup tak berkat lak nanti.. nak soh kawen lak tu.. jodohnya tak sampai lagi takkan nak di paksa kawennya.. susah-susah.. aku angkut je r mak ngan ayah duduk ngan aku kat bintulu tu.. bile lagi nak merantau pulang-balik naik flight kan mak???
gegeggegee.. adakah itu langkah bijak penyelesaiannya???




hehehe...
sorry r yer.. aku bebel panjang entry kali ne...
lame dah tak membebel sebenarnya...

kesimpulan sekarang ne..
jadi r penanam anggur yang berdedikasi yer.. tanam anggur pastu memberi jemuran secukup rasa.. cukup tahun boleh packaging buat kismis import kat oversea.. huhuhu~~

SAYA SEORANG PENGANGGUR BERJAYA....
LALALALALALALA~~~~~~

Related Posts with Thumbnails