Followers

Sunday, May 30, 2010

"shutterspeak"...INDAHNYA...Weeee~~~

harap maaf sebab walaupun jam dah menunjukkan angka 0220..tapi aku masih gian untuk menaip sesuatu kat blog ne...mate tak mau lelap lagi,even badan dah letih sebab sibuk siang tadi menghadiri majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan..maklumlah..dah masuk musim mengawan kn...hahahahha [gelak jahat gitu]

bukan tu yang nak di ceritakan sebenarnya...just, agak sedih siang tadi..pas g kenduri kawen salah seorang dari membe sekolah aku..shian tengok dia..majlisnya agak kelam-kabut dan tidak terurus..aku mebayangkan jika diri aku di tempat dia..mesti kat atas pelamin tu jugak aku melalak tak berenti-berenti..or maybe.."sayang..kita batalkan je perkahwinan ne...T.T"

subhanAllah..adakah begitu jadinya??10 tahun couple bagai nak rak..sebab majlis kawen..nak batalkan???oh tidak...!!!

bagi seorang perempuan khasnya..majlis perkahwinan adalah sangat-sangat penting bagi mereka..[aku belum lagi ok..sebab belum rasa naik pelamin lagi]...

ok..continue..majlis perkahwinan adalah kemuncak bagi sesuatu perhubungan bagi golongan wanita..kami nak kelihatan cantik,menarik, bergetah gitu...dan pape je r yang memuasakan hati serta yang cantik-cantik belaka..ini adalah kerana kami hanya inginkan naik pelamin sekali sahaja seumur hidup..[mesti r..sebab wanita kan tak boleh kawen 4..dan kami terkenal dengan insan yang setia...hehehhe...alasan semata-mata]

tapi tu r hakikatnya...

semuanya diharapkan kelihatan perfect...
dari segi...
  • solekannya
  • pelaminya
  • pakaian pengantinya
  • bilik tidur
  • akad nikah yang mendamaikan
  • kelihatan cantik berseri-seri
  • hantaran yang tersusun rapi
  • kelengkapan ahli keluarga (cukup semua ahli keluarga untuk kongsi kebahagiaan)
  • dan sebagainya r..kalo nak senaraikan tak tidur aku...
hari itu merupakan hari kami..pada saat ketika itu..semua mata tertumpu pada kami..semua mulut berbicara tentang kami...(bape banyak kami r..tapi kami itu mewakili kaum perempuan)

tapi..dalam kesedihan aku..senyuman muncul pas blogwalking..aku tau pasal "shutterspeak"..semuanya kelihatan indah di sini.. of course memerlukan jumlah wang yang banyak untuk kesemuanya serta kebahagiaan itu....

mulai hari ini.. 30 mei 2010..sesuatu impian muncul..dan aku akan berusaha memperolehinya..

it will give u inspiration and happiness... But!!!!...jangan lupa juga KEBERKATAN DAN DOA ok..InsyaAllah


nota kakiku: tapi rasanya..tak perlulah berhabis-habisan kat majlis kawen je yer...cukuplah berpada-pada...sebab korang bukan hidup untuk majlis kawen jer...korang akan hidup berdua hingga akhir hayat...kalo time majlis dah pokai...nak makan pasir???huhuhuhu...(pempuan mmg terkenal dengan 9 nafsunya..huhuhuhu~~)

Saturday, May 29, 2010

Marimelaram,saya nak baju FREE dari Indonesia.

contest mode here....

jom join contest dari link marimelaram jom????
ne contest yang kedua aku join sepanjang menyertai blogger...
syarat penyertaan mcm contest lain gak...

To All blogger:
  1. sape yang nak join kene buat entry dengan title "Marimelaram, saya nak baju FREE dari Indonesia."
  2. Upload pose wajib yang diberikan dan link ke http://merimelaram.blogspot.com
  3. kemudian, korang link http://marimelaram.blogspot.com ke sidebar blog korang
  4. menjadi follower adalah tidak wajib bagi korang tapi di alu-alukan...sebab ikut suka hati korang r yer...

ne pose wajib yang perlu ada untuk menyertai....MARIMELARAM

so..kalo korang dah betol-betol angau nak join..JOM....

  1. korang kene upload pic yang paling kreatif dengan insan-insan yang korang sayang...macam family ke..membe kamcing ker...encik jejaka ke...
  2. then..korang kene lengkapkan slogan ne...marimelaram patut bagi saya baju kurung/kebaya indonesia free kerana................................(tak melebihi 25 patah perkataan ok)
  3. tarikh tutup penyertaan : 7 july 2010
  4. "2 orang pemenang" akan terpilih untuk menerima hadiah yang berbaloi-baloi ok...gegegege....


so..ne penyertaan dina...





mari melaram patut bagi saya baju kurung/kebaya indonesia free kerana saya dah penat dah asik pakai coverall jer...ape kata buat saya kelihatan ayu dengan berkebaya indonesia..NGETOP GITU...hehehehe~~


Friday, May 28, 2010

Tahniah kerana Bergelar Suami Orang


"Dikala tangan tok kadi bertemu tangan si jejaka, bukan sahaja wanita itu menjadi miliknya.. tetapi bahkan pahala dosanya, hala tuju hidupnya, kesetiaan dan kebergantungannya terletak di bahumu..itulah yang ditakuti ketika berakad... Namun Allah akan meringankan beban di bahumu itu..."


tahniah kerana bergelar suami orang buat abangku Mohamad Arief..asik jadi photographer orang kawen je..so this time is you...kepada yang berminat nak tengok hasil kretiviti abg aku ne..just view this page ok...http://fotokasih.fotopages.com/

semoga berbahagia hingga ke anak cucu...AMIN~

Wednesday, May 26, 2010

Cinta Sejati Langit dan Laut



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran. (PUTRI)




Tuesday, May 25, 2010

Terapi Medan Elektrostatik- Apa pendapat korang ye??

setelah hampir dua bulan menetap di perkampungan sendiri ni..hari-hari yang aku lalui adalah melayan ibuku tersayang..shian kat die..lame dah aku tinggalkan dia sebab g belajar kat negeri orang..so skrg ne, kat tempat aku sibuk memperkatakan tentang rawatan terapi secara percuma yang sedang di promosikan oleh Cosmic Healthcare Centre. Tak silap aku kat mana-mana pun ada rawatan ne..Syarikat ne tak menjual product tetapi memberi percubaan kepada para pelanggan untuk merasa sendiri perubahan pada diri selepas berkali-kali menjalankan rawatan di sini...

Cosmic healthcare centre

haa..ne aku nak cite serba sedikit pasal rawatan ne..sebab setakat ne baru 2 kali aku try..sebab join ibundaku tercinta...hehehhe...

1st time buat rawatan dia je aku dah kene "karen"..just menggunakan kerusi plastik,kemudian terdapat pelapik sebagai kusyen kat kerusi tu yang mempu menjanakan elektrik kepada setiap orang yang duduk..alat tu di namakan Pro Nature, yang mempunyai keupayaan elektrik 9000V dan mampu memberikan 60 getaran dalam sesaat kepada individu-individu yang menerima rawatan.

menurut pembacaan aku kat lampiran dia,rawatan ne mampu mengubati pelbagai penyakit seperti:
  • darah tinggi
  • kelostrol tinggi
  • stroke
  • masalh kulit
  • katarak (terdapatnya selaput di bahagian mata)
  • resdong
  • gout
  • batu karang
  • asma
  • lemah syahwat

dan sebagainya..segala-gala penyakit koronik boleh di ubati dengan Pro Nature ne..Namun di ingatkan, rawatan ini dikecualikan kepada individu-individu yang telah disahkan mengidap penyakit kanser yang kronik, perempuan mengandung serta individu yang memakai jantung eletronik (ala yang dia gune jantung letak bateri tu untuk berdenyut)...haa..ke tiga-tiga individu yang ini di larang sebab jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini akan mempengaruhi kepercayaan sesiapa sahaja yang menerima rawatan..

contohnya..kalau akak yang pregnant ne tibe-tibe dia buat rawatan dia nak termuntah sebab morning sickness katakan..tibe-tibe dia muntah jer..dah orang kat sebelah dia was-was..pempuan ne muntah sebab dapat rawatan terapi ne ker???haaa..kan jadi kes lak.."seorang perempuan muntah-muntah ketika menjalani terapi elektrik"..padahal semua orang tak tau pun yang pempuan tu mengalami alahan morning sickness...

kaedah rawatanya yer...

ok..just datang ke tepat terapi ne..then korang akan di biarkan duduk kat atas kerusi yang di alirkankan elektrik tu..selama 20 hingga 30 minit. Di samping duduk tu..korang akan diberikan nasihat kesihatan. Namun sepanjang 20 minit tu..korang just duduk relax jer..JANGAN MENYENTUH ORANG YANG BERADA DI HADAPAN ATAUPUN DI BELAKANG ANDA..sebab setiap aliran kerusi elektrik ini berbeza-beza..akan berlaku kejutan elektrik jika korg ne degil tau.."zzzzeeettt"..cmtu bunyi kejutan dia..

segala perubahan akan di alami setelah 5 kali ke atas membuat rawatan. aku pun tak pasti sebab aku baru 2 kali buat rawatan..tak terasa perubahan lagi r..sebab aku agak was-was dengan rawatan ne...

dia ada beritahu jugak, ada pelbagai side effect after buat rawatan ne..salah satu yang aku alami adalah keletihan,kehausan+kelaparan serta mengantuk tahap cipan setelah rawatan. Maybe tu side effect aku r..orang lain aku tak tau yer..so..pintu hati aku tak terbukak lagi nak teruskan rawatan ne..hehehhehe....

so siapa-siapa yang berminat di alu-alukan membuat rawatan kat sini yer..sebabnya adalah "PERCUMA"..di tanggung seumur hidup..

aku takut nak cakap banyak r..just korg pergi rawatan ne secara consistent dan rasai perubahanya sendiri..




p/s : aku tak percaya sebab kenapa rawatan ne tak di buat kat hospital or klinik-klinik swasta yer??kenapa mesti sendirian berhad..aku tak percaya jugak sebab tiada doktor yang terlibat...mungkin kepercayaan aku akan kuat bila ada someone yang background perubatan yang suggestkan utk aku soh buat rawatan ne..

Friday, May 21, 2010

~ZaMan KitE~~



  • Kat Sekolah ada salesman jual buku cerita. Arini bagi list esok mintak duit. Beli walaupun cerita kat buku tu kita dah tau. Kalo Salesman susu ngan vitagen pun macam tu gak..
  • Kat library memang tempat budak-budak baca buku. Tapi tau r budak-budak just tengok gambar je. Bila ada program Nilam, Sibuk semua nak baca buku sebab siap ada lagi, siapa baca buku terbanyak boleh dapat hadiah..so, bersungguh-sungguh buat sinopsisnya..
  • makanan RMT kat sekolah tak best. Untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Tapi yang berduit pun nak join makan..tak paham maybe sebab makanan free kn..huhu..
  • pakai pensil box yang boleh bukak depan belakang. Pastu ada sharpener kat tengah-tengah dia.
  • Main lawan pemadam. Sayang nak gune untuk padam, padah tu fungsi sebenarnya untuk padam.
  • Pakai pembaris yang bergerigi kat site satu lagi, pastu kat tengah-tengah dia ada air, kalo goncang-goncang ada benda berkilat terapung-apung dalam air tu.
  • Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang dia kat tengah-tengah. Cikgu pengang pun kalau nak buat garis lurus kat papan hitam.
  • Setiap hari kene update hari dan tarikh..kalo siapa yang jadi penolong tu.Tugasnya adalah siapkan garis lurus kat kiri papan hitam berserta tarik dan hari. Kadang-kadang siap ada "AJK Papan Hitam" lagi.
  • Bulu ayam boleh jadi ramping sebab selalu pegang untuk jadikan rotan.
  • Time Pedidikan Seni..seronok sangat belajar mengayam tikar gune kertas lukisan ngan kertas warna. Kalo dah jadi je tikar..rasa seronok sangat sebab cantik.
  • Jam tangan "Boy London" jadi idaman. sebab boleh tukar-tukar colour bila perubahan suhu ngan cuaca.
  • Takut time injection BCG. Tapi lepas Inject, poyo je lebih.
  • Balik sekolah beli Jojo tak pun Dendang
  • "TORA" pun best jugak. Beli semata-mata nak mainan je. Yang coklat dia tak makan pun..buang-buang je sebab tak sedap mana pun.
  • kasut berlampu kat tapak dia..kalo pijak je nanti lip lap lip lap lampu dia nyala..bangga kalo time malam pakai kasut ne.
  • Siri kartun kegemaran..Power Ranger, Ultraman, Transformer, Ninja Turtle, Dragon Ball, kalo weekend je sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak tengok tv..


jangan lupa semua ne sebab zaman sekarang budak-budak dah tak sempat nak layan benda-benda ne. Kita akan sentiasa berubah. Cuma asal usul kita yang permanent. Huhuhu~~

zaman sekarang budak-budak g sekolah pun bawak i-phone. Ngan asal masa lapang je ngadap PS2 ngan game boy diorg..tak seseronok time dulu-dulu kan...

Tuesday, May 18, 2010

EMO sekejap....

tibe-tibe terase bosan untuk menaip pape pun dalam dde9387 sebab segala coretan di pertikaikan...

tolong r yer...

tak dapat pape pun faedah kalo hidup untuk jaga tepi kain orang...
ada keuntungan ke kalo tau semua prihal hidup aku ne???
aku tak ganggu ketenteraman kau...
semua tu dari hati kau yang penuh dengan hasad dengki...
tak boleh tengok orang bahagia...

Ya Allah..tolong bantu dia temui kebahagiaan hidup yang dia cari...

jika kau terus-terusan jadi silent reader aku pun...
or tau semua aktiviti-aktivi hidup aku pun...
aku tak kisah pun...
at lease aku ada pembaca yang setia...

tapi..masalah sekarang ne...
semua tindakan kau tu yang akan merosakkan jiwa kau..
memang kau rasa puas sebab boleh perhatikan aku dari jauh kan??
tapi semua tu bersifat sementara je ye..
hakikatnya...
makin banyak perkara yang kau tau tentang aku...
makin banyak dan makin panjang penderitaan jiwa kau...


maafkan aku jika berkasar..tapi kesabaran aku ada hadnya...
jika benar aku ganggu ketentraman hidup kau...
aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...
carilah ketenangan hidup kau..dari kau menganggu ketenangan hidup orang lain yer...

semoga kebahagiaan itu milik kau satu hari nanti yer..
InsyaAllah...aku doakan...

Saturday, May 15, 2010

Baik..Perkahwinan itu Tanggungjawab....

matlamat kepada percintaan adalah perkahwinan...
semua orang tau tu...
tapi ada gak manusia yang takde matlamat dalam percintaan dia...
dan ada jugak manusia yang terlalu teruja untuk berkahwin...
serta ada jugak manusia yang melambat-lambatkan kahwin...
dan...ada gak manusia yang terdesak nak kawin...

ape aku merapu bab kawin malam-malam buta ne???
adoi..mental btol...

pape je..aku just taip apa yang terlintas...

tq pakcik google


hukum perkahwinan tu ada lima perkara...di mana:-

  1. Harus - iaitu merupakan hukum asal perkahwinan
  2. Sunat - Bagi yang berkemampuan serta ada keinginan untuk berkahwin
  3. Wajib - Bagi seseorang yang yakin serta bimbang akan terjerumus ke lembah maksiat iaitu zina serta muqadimmahnya
  4. Makruh - bagi yang tidak gemar berkahwin disebabkan penyakit atau tua atau perkahwinan menghalang ia daripada melakukan ibadat kepada Allah.
  5. Haram - Sekiranya seseorang itu bimbang serta yakin akan berlaku zalim kepada isteri serta mendatangkan mudarat terhadapnya disebabkan ia seorang yang lemah dan tidak mampu menunaikan hak-hak perkahwinan

aku tau tanggungjawab jika berkahwin. Memang kadang-kadang mulut aku cabul nak kawin..tapi kalo tengok pada hukum-hukum ne..aku tak harus kawin lagi sebab tak berkemampuan..

so takyah r percaya sangat kalau aku cakap aku dah nak kawin yer...

banyak lagi benda yang aku belum capai dalam hidup ne...

dah kukuhkan tempat aku berpijak (sumber pendapatan)..insyaAllah..jodoh itu akan segera mendekat dengan aku...

bukan tu je r..dah bijak segalanya termasuk bab-bab perkawinan, agama, harta, pengetahuan berumah tangga..aku akan mendirikan rumahtangga ketika itu...

takde r berlakunya...
  • suami mati kebulur.
  • anak-anak main pasir ngan comot-comot
  • umah macam tongkang pecah
  • piring ngan kuali terbang merata-rata
  • baju nak basuh dengan pingan mangkuk menggunung
  • bil-bil api air hutang
kadang-kadang..belajar sampai PHD pun bila masuk hal rumahtangga OUT...Pak Imam pun bercerai beraikan???

Persiapkan aspek MENTAL, FIZIKAL dan EMOSI baru nak bincang pasal kawin yer...tu je kot...adius...




mood - TERTEKAN...gegeggegege....

Thursday, May 13, 2010

Jangan Bersedih, Tanya Dirimu sendiri tentang Hari ini, Kelmarin dan Esok...

sebulan dah duduk kat umah...jadi "Domestic Engineer"..hehehe...bila r rezeki nak dapat keje ne nak muncul.. mungkin belum waktunya lagi... InsyaAllah...setiap hamba Allah itu telah ditetapkan rezekinya masing-masing...

Aku dalam ketakutan sebenarnya..takut ngan ape yang bakal berlaku pada hari-hari aku yang akan datang...

dah lumrah manusiakan..ada sesetengah orang selalu memikirkan segala kesilapan masa lalu dia.. manakala aku pula...takut dengan apa yang akan berlaku pada aku akan datang...

tapi..Allah tu adilkan??..dia tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu.. jadi, saat di mana kita menerima ujian..DIA tau..kita mampu menangungnya... walaupun ada pepatah melayu menyatakan "sudah jatuh di timpa tangga"..DIA saja nak menguji keimanan kita, dan dia nak suruh kita mengingati DIA...Meminta kepadaNYA...

sebab kadang-kadang...kita leka yang kita dah jauh tinggalkan dia dengan segala nikmat dunia ne kan???

aku nak kongsi something...

Tutuplah pintu besi masa lalu dan masa depan, dan hiduplah dalam detik-detik hari ini...

  1. Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takutkan hari esok atau kerana harapan kebun yang indah esok hari?
  2. Apakah saya akan menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan hal-hal yang terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?
  3. Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk mengunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke depan?
  4. Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?
  5. Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? Esok? Atau, Hari ini??

kesemua pertanyaan ini buat aku terfikir..apa gunanya aku sibuk memikirkan hal-hal yang belum terjadi tu??? dan buat aku cemas tanpa hujung pangkalnya... sedangkan kesemuanya dalam gengaman DIA...

fikirkan je r..kita hanya akan hidup untuk hari ini..sebab hari-hari depan itu belum pasti..



Mereka yang menangis sedih menatap masa depan, adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini hanya tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di "gengaman yang lain" tentu tidak akan mengadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar apabila menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya....

Saturday, May 1, 2010

Jom Layan Pic baby-baby cute ne..Tomey..

aku kebosanan..ada lak jumpe pic-pic cute ne dalam koleksi aku...so nak share ngan korg..mesti korang suka kan???sebab mereka tersangat r cutenye..

nak mintak seorang dari encik abg..tapi die cakap..takpe nak semua pun takpe...amboi..nakal btol jawapannye yer..piat kang tinge tu kasi putus..

jom tengok gelagat mereka..soooo...comey...tiut..miut..suke..suke..suke..

lembu ke kerbau ke aku tak pasti..kerbau kot..


zibra here...black + white..

tikus..tiut die..


singa..

singa jugak kot...huhu..



butterfly...haiwan yang paling aku suke...



ladybird..terbang smbil melompat-lompat...



rasanya macam harimau putih..[harimau albino]



huhuhu..saya r seekor gorilla..



monyet yang tembam...tergaru-garu lak die...

auuummm..saya r seekor buaya..


saya seekor beruang kutub...


saya r teddy bear hidup yang paling comey kn???


labu Halloween...hehehhe..


Mr.tiger here...



rabbit tinge pink...


katak kaki lebar..


badak sumbu bertanduk satu...





ok..tu jer...comeykan diorang...geram tengok...tapi kalo ada baby sendiri tu jangan r amalkan pakai custom ne selalu yer..kang jadi macam haiwan-haiwan ne kang...jenuh lak nak melayannya...huhuhuhu...


thats all for me..tata..titi...tutu...

Mengimbau Kembali Kenangan Lalu

Salam semua...dok belek-belek facebook tadi..ada r aku collect beberapa pic time jadi "tukang belajar" dulu..kat facebook r nak buat jejak kasih kan..letak pic time-time sekolah dulu..then tagged r mane-mane yang jadi membe kite..then..yg kawan kita tu lak tagged membe2 yang die ada..lepas je berdozen-dozen notification dok naik jer..cari r..mane puncanya..rupe-rupenya ada adegen jejak kasih di situ..

mula r tau sejauh mana perkembangan kawan-kawan kita..ada yang dah tunang, nikah..beranak-pinak serta beranak-cucu [oh mengarut sungguh..sila abaikan]..so..gunakanlah facebook itu sebaik mungkin yer.. dari pesanan penaja...kuikuikui...

aku nak buat album zaman persekolah kat entry kali ne..sila layan jika mahu..dan sila tinggalkan jika tidak berminat..hehehe..takde r..di alu-alukan untuk menziarah ye rakan-rakan mayaku..



2 jaya

ne pic aku time muda sekali..time darjah 2..tahun 1995...ramaikan??seronok tengok..semua muka kanak-kanak ribena yang tak matang lagi..pic formal pun leh jadi pic main-main.. kedudukan aku yang kat tengah-tengah tu..belakang Cikgu Rosnah..aku memang terkenal dengan ketunjanganku..so setiap kali gambar..mesti aku di tengah-tengah yer.. ingat lagi time ne..aku baru pandai membaca sebab aku buta huruf sikit..hahahaha...tapi skrg dah excellent..gegegge... ne je r satu-satunya pic aku time sekolah rendah...comey aku ketika ini kan??kikikiki...perasaan...

2 Arif 3

ne lak pic time naik sekolah menengah..time form 2..tahun 2001.. yang aku ingat time tahun ne..muka aku merah menyala yer..baru masuk zaman remaja..hormon tak tentu arah lagi..pimple naik dengan banyaknya..sampai salah sorang budak boys kelas aku lebelkan aku "miss jerawat"..hehehhe...agak sakit r..tapi aku buat bodoh jer..adat r zaman mula-mula naik..tapi sekarang dah comey dan ayu kan??..kedudukan aku time yang tujuh dari kiri..still lagi terkenal sebagai wanita kedua tertinggi di kelas yer..galah..kikiki~~

3 Bistari 3

tahun 2002..time ne aku yang tertinggi sekali..tengok barisan depan dan kat tengah-tengah tu..itu aku yer..muka dah sedikit matang kan??dah form 3..guru kelas time tu En.Jamal..pakcik aku..hehehe..aku pakai kain warna maroon time ne sebab aku pengawas perpustakaan...suka baca buku time ne..sebab aku tukang jaga buku library..hehhee..


5 Sains 1

ne pic last aku kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi (SMKB)...time form 5 pada tahun 2004..aku masuk kelas budak-budak bijak time ne..hehehe..sebenarnya harap je kelas sains 1, tapi aku tak minat sangat stay kat kelas ne..sebab budak-budaknya semua skema..jiwa tak serasi gitu..sebab aku kuat main-main..kedudukan aku macam biase kat hampir pertengahan..hehehe...

time ne..rest hour jer..budak-budak ne sibuk bukak buku study..aku g merewang kat kelas sains 2 yer..hahahha..seronok sangat time tu..budak-budak sekolah semua confuse aku budak kelas mane..bersepah-sepah je merayau..tapi,Alhamdulillah..sebab study ngan budak-budak ne r..SPM aku tak r seteruk mane..di paksa study..sebab semua kene study..

Praktikum Fizikal 33

2005..pic kendid time zaman Matrikulasi..seronok sangat time ne..dalam banyak-banyak zaman study..aku rindu sangat zaman ne..memang keadaan time tu..semuanya kene rushing..study kimia,fizik ngan math punya r lelah..3 subjek je..tapi susah giler..dengan terencatnye..dah biase duduk umah zaman ne kene masuk asrama..kami rapat antara satu sama lain..study-study jugak..main-main jugak..Rindunya mereka...


Max-G

4 tahun kami bersama...macam-macam yang di lalui bersama...Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)..semuanya 34 orang sahaja..maybe sebab tu hubungan kami sangat-sangat rapat...macam adik-beradik..merantau ke Terengganu...sedangkan semuanya asal luar dari Terengganu...Perak, Johor, Sarawak, Selangor...Chinese, Malay, India semuanya satu malaysia...Sayang kamu semua....MUUUAH....


poyo jer..



nota kaki : kenangan indah..yang tak perlu di lupakan...setiap ketika itu adalah merupakan waktu-waktu yang sangat bermakna..

Related Posts with Thumbnails