Followers

Wednesday, March 31, 2010

Tiba-tiba terasa...dugaan itu indah sebenarnya...(di luar kawalan)

Jam telah menunjukkan pukul 9:54 pagi...
bebudak ne semua dengan pintu bilik yang masih tertutup lagi...
malam tadi dah penat makan-makan+terlalak-lalak+lepak-lepak+gelak-gelak..
so diorang tidur lewat malam tadi setelah meraikan
kehabis menjawab paper degree untuk seumur hidup mereka...

dan kini..hanya tinggal aku untuk meneruskan perjuangan..
untuk mengelakkn diri terawan-awang..
serta turut merasa yang aku juga dah habis paper degree..
makanya..aku telah terbang untuk berkampung ke Library Sultanah Nur Zahirah yer..

namun..
ketika mereka sedang nyenyak di buai mimpi..
aku telahpun menghabiskan seketul chicken wing KFC dan sepotong Brownies Walnut...
hahahahahha (gelak kenyang)

esok paper last untuk "Maritime Signal"
Capt tu leh lak cakap..
awak takyah tension-tension sangat..
jawab relex-relex jer..
hayoo....aku punya perut dah siap kecut kebang..kecut kembang dah...
tapi die leh soh aku relex-relex jer..
mane taknya..dah die lecturernya..
tak perlu jawab exam dah..
sebab die yang bagi soalan..

ok..
hari ini punya perancangan..
sila ingatkan kembali segala ColReg72 Rule dari 1-19..
Sila hafal segala macam distress Signal dan gambarnya...
sila baca dan ingatkan balik responsibility of Watchkeeping Officer untuk no 18 dan 31
serta..
sila ingat balik segala macam boya yang ada kat laluan kapal yer..

dan dengar cite..
ada 10 soalan yang perlu di jawab semuanya sekali..
berbahagialah aku untuk menggorengnya esok yer..
dengan angka giliran 496...

hohohohohohohohohohoho....
SEMOGA BERJAYA....

WINK* WINK*



nota kaki: kad UNO telah memanggil-manggil aku untuk jadi peserta "game peringkat dunia" ne...
~TUNGGU~~~~~~~

Sunday, March 28, 2010

suddenly laugh on this moment


nothing to say....
a big apologize because doesn't updated my blog lately..
quite busy for make a revision on final examination this Tuesday..
wish me luck ok..
enjoy this clip video..
maybe it will make all of u laugh...


.....take care everybody.....



foot note: sorry..my English is quite "becelaru"
hehehehehehe...trying is the best way to improve??

Sunday, March 21, 2010

~Orang yang Mencintai kamu~

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
  18. Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

~Nite of The Thousand voyage 2010~

First of all,thanks to junior coz dah menjayakan malam yang amat-amat bermakna buat para-para senior..tak sangka malam tadi merupakn malam last aku menghadiri dinner sebagai seorang student..dan malam tadi amat seronok serta gilang-gemilang bagi kami...nice job my junior..

majlis di jayakan di Gem Beach Resort,Batu Rakit..open air gitu..dengan angin malam yang sejuk dan sangat selesa..serta sangat-sangat enjoy berbanding dinner tahun lepas yang agak formal..sebabnya dekan dan KJ tak dapat hadir..hehehehe...tu yang meriah tu..huhuhu~~

yang bertemakan glamor...malam ne r kami nak jadi ala-ala artis gitu..dan aim aku just nak jadi sorang princess..tp takde crown r..hehehehe...

so ada beberapa pic untuk di huraikan satu per satu..lets take a look...wink* wink*...


before gerak..

hehe..touch up sendiri yer..sorry r coz tak mampu nak sewa mak andam berjaya buat g dinner kali ne..so..ada sikit-sikit bakat terpendam tu..just tonyoh jer muka ngan makeup-makeup yang ada..dan hasilnya seperti di atas..hehehe..pulun je r labu...kikikiki...

sorry gak coz takde blink* blink* yang nak tunjukkan glamor tu..tak sempat nak cekau mane-mane batu-batu permata nak lekatkan..sibuk presentationnya lagi..tapi alhamdulillah..semuanya berakhir dan selesai dengan jayanya..presentation settle..dinner pun settel...

barisan gadis-gadis jelita...

maaf..saya yang tertinggi di antara mereka..tinggi asal 167cm..tapi setelah di tambah dengan 2inci heel..sorry r ek..cakap nak glamor..takkan nak pakai selipar made from jepun kot??awek-awek chinese tu sume seksi-seksi yer..so saya tak terlalu menonjol malam tu..hehehe..


cabutan bertuah & cenderamata

sangat bertuah malam tu sebab no aku 136 jadi salah satu daripada nombor yang bertuah ..hehehe..so dapat r sekotak hadiah..serta mug dan sudu comey sebagai cenderahati bagi setiap hadirin yang hadir...mug pic teddy bear..hehehe...like it..


sekuntum tisu..

serta aku dapat sekuntum bunga tisu dari sorang juniorku..sweet kuntuman bunga ne..tapi dia taknak tegak sangat sebab tisu tu lembut...hehehehe..tapi takpe...thanks buat junior ku yang memiliki bakat terpendam itu...hehehe..

banyak persembahan yang berlangsung antaranya adalah geselan viola dari student tahun tiga, persembahan akustik dari student tahun 3 jugak..gurindam..karoke..yang paling kelakar kami senior-senior kene lalakkan sebuah lagu beramai-ramai..kami pilih lagu seiring dan sejalan..agak klasik gitu...hehehehe...

tak sangka..pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku bermastautin kat Terengganu..dan menuntut ilmu kat sini...sebuah negari yang indah dan memiliki pantai yang amat memukau..

so buat adik-adik juniorku..berusahalah selama 4tahun kat sini yer..semoga tercapai kejayaan yang di idam-idamkan..

trimas....

Monday, March 15, 2010

Apa Nak Jadik Ne Didie Oii???

call free dari celcom still ada lagi ne..tapi tak tau nak kol sape..saat ne..terase nak borak-borak dengan seseorang yang boleh bagi aku inspirasi untuk teruskan lagi 40% PSM aku...subhanAllah..mane ilangnya semangat nak buat economical ne????kembalikannya..tolong r...

agak menakutkan r..sebab luse dah nak kene present akhir PSM dan aku merupakan 1st presenter..tapi analisis data still tak lengkap lagi..hayoo..apa nak jadik ne???

semuanya bercampur baur serentak..dengan ketakutan nak presentnya,ketakutan nak grad tahun ne jugak..dan dalam masa yang sama..berderet-deret lak manusia-manusia yang aku rindu..hayoo...

orang-orang tu tak merindui aku pun..tapi aku lak ngan muka tak malu merindui mereka...huhuhu...

time-time cmne r nak rindu kan Nor kat UTM..alahai..teringat time susah-susah nak g jumpe sorang lecture kat UTM untuk bantu bagi tunjuk ajar buat PSM..bilik nor r jadi kawasan persinggahan aku..duduk r dalam 2,3 hari..tidur bilik dia..agak-agak tension jer,bawak die jejalan kat taman U..g tgk wayang ker,g usha-usha baju ker,berfoya-foya r senang cite..hehehe..sib baik aku bukan belajar kat UTM tapi kat UMT..kalo tak mesti bankrup parent aku...kuikuikui...

pastu dapat lak rumate die Maz yang syok kalo layan..time study,serius semacam tu..tapi kalo start time sengal die..kitorg asik gelak jer..ada je modal dia buat lawak...macam seronok r pulak budak berdua tu sambung master..pung pang pung pang time siang jer kat Lab..pastu balik bilik..yang si Nor ne akan mengadap segala jenis movie korea mahupun CD..yang si Maz ne lak mengadap game cucuk tanam die "farmville" ngan bagi orang-orang makan "Cafe World"..



me and Nor

bebudak umah aku pun sume dah sibuk plan nak sambung master...hayoo...

aku menyerah dulu yer..tidak mampu rasanya nak memerah otak..

tak larat..aku ne bukan seseorang yang bercita-cita tinggi nak belajar sampai master yer..lepas degree ne pun cukup r..pastu....

nak keje!

nak keje!

nak keje!

namo ngadap buku dah....

namo nak buat tesis dah...

namo..namo..namo....dah....

dah terasa nak keje,nak pakai duit sendiri...nak shopping bebanyak..nak bayar utang keliling pinggang...hehehehehhe


oooooooooooooo...........ok.........

sila sambung keje seperti sedia kala yer...

petang tadi g jumpe En.Azlan...supervisor kesayangan aku...dia dok bebel-bebel tak prepair lagi nak present rabu ne..

tibe-tibe je aku dengan muke selumbenya..

"en.lan...luluskan je r PSM saya ne..takkan nak tgk muka saya lagi sem depan kot???saya dah tak larat dah nak ngadap PSM ne...." die sengih jer...


En.Supervisor aku time konvo master dia

maybe dalam hati dia..dah semakin parah anak buah aku ne..berusaha je r sehabis baik yer...insyaAllah..kejayaan itu milik kamu....AMIN...

ceh..aku je yang menabah...dah die cakap dalam hati...mana r aku nak dengar...penipu btol...

see..time konvo dia pun aku sanggup g UTM tu..terel tak tahap mengampu aku???hahahaha..

mampu nak ngampu..aku g cari bahan kat sana time tu..kebetulan time konvo kat UTM..so turut serta r..


ok,thats all for today...sila sambung lagi 4o% tu yer..serta slide yang lengkap dan bermutu..untuk memukau ke enam-enam mata panel yang terlibat...

~wish me LUCK everybody~




p/s: saya turut merindui si dia yang jauh kat negara orang sekarang ne..awk,balik jangan lupa bawakkan gajah untuk saya yer..kuikuikui...

~Selamat Bertunang~

mar & la

kebosanan melanda diriku..kahkahkah..(gelak sakan)..sedangkan data analisis aku tengah joget-joget soh siapkan..hayoo..apakah nak jadi ngan anak dara Pak Berahim ne...

tengah dok tension-tension ngadap minatang yang di sayangi itu..rumah sewaku di gamatkan oleh riuh rendah..apakah yang telah berlaku???

agak terkejut ngan salah seorang budak course aku yang hanya seramai 34 orang ne..salah seorangnya telah menjadi milik seseorang...see....diam-diam ubi berisi tu..takde kecoh-kecoh dok couple bagai nak rak..tup-tup..tah bile tarikhnya dia buat majlis pertunangan..tau-tau dah upload pic ngan tunang dia ek...

hangin je bebudak ne..bukan nak ajak pun g kenduri...kalo tak boleh g makan free kat kelantan...wawawawawa....itulah motif utama sebenarnya...sorry la....

tapi pape pun..insyaAllah bulan 4 ne kami grad bersama-sama..so wajar rasanya masing-masing nak memegang tanggungjawab yang lain selain dari jadi tukang belajar kn???tahniah kepada beliau..bersama dengan tunangnya yang baru habis STPM tu..

ucapan penaja...

"semoga pertunangan ini berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin..dah nak sampai pelamin kalo tak jempun jugak...confirm-confirm aku hamun..hehehehehe..."


nota kaki: sangat comey+ayu mek tu kn??

Thursday, March 11, 2010

~KEHEBATAN CINTA FEBRUARY~

Sebagai renungan insan yang bernama manusia....

adik cuma nak tanya ibu,kenapa begini jadinya??


ibu,adik cuma nak tanya...
rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya..
ibu masih ingat tanggal 14 February tak???
malam tu ibu ada temu janji ibu jumpe jejaka tu
ibu kata dia cintakan ibu


benarkah ibu???





dia puji dan puja ibu
dia rayu dan belai ibu
katanya
cintanya hanya untuk ibu


benarkah ibu????





ibu terkhayal dengan pujukkannya
ibu terbuai dalam bicaranya
ibu terlena oleh bisikkannya


benarkah ibu????





ibu tak kisah dia peluk ibu
ibu izinkan dia sentuh seluruh jasad ibu

ibu puas dapat buktikan kesetiaan ibu
macam dia katakan...
mahu bukti cinta ibu


tapi..benarkah ibu????





masa berlalu hari ni,lepas 9 bulan 10 hari
pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
hari ini buah cinta kalian telah terzahir
,
bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir



tapi,benarkah ibu????





kenapa dia tak sama-sama menyambut adik??
kemana dia telah pergi tak tolong azankan adik??

mengapa ibu pun bencikan adik??
sedangkan inilah tanda cinta kalian...


mengapa ibu????





tak terasakah sakit dan peritnya
tak berbakikah kasih dan sayang ibu
dah tiada pegangan..
ibu dah tidak berTuhan



benarkah ibu???
benarkah begitu??






adik cuma nak tanya je ibu..


.


p/s: Tolong kasihani mereka..haiwan pun pandai sayangkan anak....

~Aku Kangan Sama Kamoooooo~

walaupun pada hakikatnya kepala ini sangat-sangat serabut,mata ni lak tak boleh lelap..tetapi hati ini meronta-ronta untuk menari-nari di sini...hayoo..buruk btol kata-kata punjangga aku ne..takpe..teruskan..

.
merindui mereka

dari kiri aku sambil pangku "pian"..teddy emi, nadia yang pakai baju biru tu, then emi yang baju coklat tu..serta arip pakai baju warna apatah aku dah lupe..tapi yang jelas dia pakai tudung putih..hubungan kami berempat???KAMI LESBIAN..hehehhe...oh tidak...kami teman sebilik time kat KMJ dulu..bersama-sama menuntut ilmu di bawah kaki Gunung Ledang...

tapi, before cite pape..nak ucapkan takziah buat nadia kerana pemergian nendanya yang tersayang..Al-Fatihah...

nak cite pasal sorang-sorang...sebab..hati ini berbisik-bisik..terlalu merindui mereka..lame dah nak tulis entry pasal mereka..tapi asik terlupa jer..jelajah blog nadia tadi, nampak pic ne..terus rasa teruja sangat-sangat nak menaip blog mlm ne...

nadia or nadia syazwani..apa yang buat aku still lagi teringat-ingat kan nadia bila teringat satu peristiwa ne..maybe kelakar dan tak mampu nak lupakan sebenarnya...

pasal..aku terbangun malam-malan nak g toilet buang air...malam yang sunyi sepi+ketakutan+panggilan alamnya lagi..waaaa...tak mampu nak tanggung sorang-sorang ne..apa lagi bangun r..nak kejut arip kat tepi katil tu macam dah lena benor tidurnya..dalam senyap-senyap tu aku jelas dengar orang tengah tekan-tekan keypad handset..mesti nadia..dia memang terkenal dengan tidur lewatnya sebab main massage malam-malam ne...

so dengan jayanya aku gagahkan jugak kaki ne g kat katil dia...aku try kejutkan dia..dengan serta merta..dia sedar..nak tau soalan cepuk cemas dia tanya kat aku???dah r aku tengah mamai-mamai..dengan nak terbuangnya lagi..."BILAKAH TARIKH LAHIR NADIA??????"

haaa...buatnya kalo time tu aku terilang ingatan sekejap..mau terbuang dalam seluar aku sebab ketakutan takde orang teman..hehehe..tapi tidak..aku dengan yakinnya menjawab..30 March...BTOL.....jom nadia temankan...

berdekah btol time tu..nadia..nadia..nak tau nape dia tanya???sebab malam-malam r dia banyak berfikir..dia takut yang kejutkan dia tu bukan manusia..mean bukan aku r..so untuk membuktikannya..dia tanya soalan-soalan peribadi..kalo betul bukan manusia or orang lain yang rupa macam aku..takkan dia tau hal-hal peribadi kan???..boleh di terima...

emi or Nur Emilda...asal daripada terengganu...bile dia lorat ganu..then dia ajak membe-membe dia lepak bilik..start r..pembelajaran bahasa antarabangsa berlaku di bilik aku..hehehehe..emi..terkenal dengan sifat yakin dirinya dan bijaksananya..antara kitorang berempat ne..dia yang memang genius r..kalo dulu ada sal or Salimah...ex budak bilik aku gak..tapi kejap je kitorang bersama,sal kene flight g Australia untuk amek farmasi..

aku kagum ngan emi ne..dia lincah,sume dia boleh buat..tapi dia lagi berminat dalam aktiviti-aktiviti lasak r..kalo main basketball ker...lari-larian ker..ajak dia..confirm tak akan di hampakan..belajar pun tekun jer...tapi yang pasti dia time study mesti serius jer..no main-main yer..tak silap aku r..dia kot..sanggup conteng polistrin makanan tu dengan formula kimia organik..lihat betapa tekunnya dia...last aku jumpa dia pun kat USM,Kubang Kerian 2 tahun lepas tak silap aku...smpai sekarang tak jumpe dah..walaupun kampung dia kat dungun,terengganu..dan aku di terengganu..

last but not least...Arip or Ariffah...katil dia btol-btol kat sebelah aku..kami berempat di pisahkan oleh loker..so dua bahagian sana emi ngan nadia...bahagian sebelah lagi aku ngan arip..arip..terkenal ngan kaki study nya dia yer...untuk maklumat semua..emi ngan arip budak hayat(biologi)..so diorg memang kaki study jika di compare kan ngan aku dan nadia yang kerap berfoya-foya yer..hehehe..standard lor..budak fizik..otak main-main..

so arip ne..kalo dia study..dia suke sumbat telinga...haa..bukan sumbat telinga ngan kapas sebab kitorang ne bising r..tapi sebab dia suka nyanyi sambil study..dasyat tak???boleh lak menghafal dalam keadaan telinga dengar lagu..kalo buat kira-kira tak kisah r..ne time study bio pun dia boleh tu..best btol..sangat-sangat terel yer...

dan yang aku takleh lupa pasal dia adalah...dinding katilnya yang penuh dengan nota-nota bertampal..dah jadi ala-ala kertas dinding aku tengok dengan nota-nota bio dia ek...mengagumkan yer..

begitu r kisah kami kat dalam bilik E3.15 tak silap aku..lupe dah..kitorg kat kolej kediaman Al-Biruni..indah sangat kenangan kat matrik dulu...walaupun banyak penyiksaan di situ..tapi kat situ r aku kenal dengan hidup beramai-ramai duduk ala-ala asrama..before ne..aku hidup sorang-sorang je kat teratak indah "Ibnor Charli" aku..

susahnya belajar ala-ala "U" kat sini..jauh dari family..seriusly..tiap-tiap minggu aku nak balik kota..pokai mak ayah aku..pembelajaran laju semacam jer..pastu dikelilingi oleh budak-budak pandai-pandai lak tu..memang terasa sangat-sangat rendah diri time tu..kalo nak compare kan aku sebagai budak sekolah harian biasa bergaul ngan budak asrama penuh..Allah je yang tau perasaan aku time tu..

tapi Alhamdulillah...aku mampu mengharunginya...kami berempat,semua masuk "U"..btol kata-kata cikgu Norlina time sekolah dulu..bila awak terpilih masuk Matrikulasi...sebelah kaki awak dah ada kat universiti sebenarnya...awak just bersungguh-sungguh je kat situ yer...

sekarang, aku kat sini...Nadia kat UTEM,Melaka amek electrical, Emi lak kat USM,Kelantan amek Medic...ngan Arip lak kat UMP,Pahang amek Chemical engineering..semuanya dalam course yang berbeza..tak silap r..aku,arip ngan nadia tengah berhempas-pulas selesaikan final year project..kami dalam sem last..insyaAllah..harap-harap ke-tiga-tiganya berjaya habiskan degree sem ne jugak...tinggal emi jer...Emi amek medic 5tahun...so emi, tinggal lagi 1 tahun untuk menamatkan degreenya...Good Luck untuk semua juga...



aku rindu sangat kenangan kat Matrik dulu..aku juga rindu sangat kat kamu bertiga...mari kita sama-sama berusaha yer...InsyaAllah berjaya...




~END~

Tuesday, March 9, 2010

~Hari Terberanaknya aku~

Terberanaknya aku kerana aku merupakan anak tak cukup bulan..tak sabar nak kuar...hehehe...

1..2...3...4..5..blablabla...haaa...entah r tak terkira ramai sungguh yang bagi ucapan..
"HAPPY BIRTHDAY "....

thanks for the wish everybody..cuma ucapan terima kasih je yang aku mampu balas..tapi kesemua wish tu pun dah cukup untuk membahagiakan aku..(",)

yap..hari ini merupakan hari kelahiran aku yang ke-23 tahun..bertambah lagi usia aku..impian aku adalah..semoga di panjangkan umur ini, dimurahkan rezeki..serta berjaya menamatkan ijazah aku tahun ne..

nak tulis blog pun tengah keletihan sebenarnya..maaf kerana kesibukkan aku,lame dah tak update blog ne..sekarang pun keadaan aku macam nak lelapkan je mata ne sambil tangan menaip huruf demi huruf...SubhanAllah..ngantuknya...

tp nak jugak cite..malam tadi housemate aku buat celebration. Thanks kamu,kamu dan kamu semua..ada r babak-babak tutup lampu tepat jam 12.00 pagi tadi..then tiup-tiup lilin..hehehe..tapi bayak benda yang buat aku terharu sebenarnya..honestly, aku menangis kerana kegembiraan bukan kerana kecewa..tak sangka diri ini di hargai oleh orang-orang sekeliling dan semua orang yang aku kenal..or maybe, menangis "gembeng" jugak sebab hormon tak stabil kerana versus di antara PMS dan juga PSM..


kek oreo cheese

yummmy...emmm.sungguh nikmat sgt rasa cheesenya..
thanks buat si "dia" yang membuat kejutan..

sebenarnya..tak memerlukan hadiah yang besar mahu pun banyak bagi aku..tapi cukup..diri ini di hargai oleh orang-orang sekeliling..kerana bagi aku,penghargaan itu mampu mebuatkan hidup ini hilang dari kesepian, mampu mewujudkan kebahagiaan serta ketenangan...

ada seorang sahabat ini pernah bitau aku.."Tuhan tak jadikan kita untuk berfikir apa yang orang lain harus sumbangkan pada kita, tapi Tuhan menjadikan kita untuk memikirkan apa yang kita boleh sumbangkan untuk orang lain.."

jadi dari ungkapan di atas, aku membuat kesimpulan..buat r sesuatu itu dengan seikhlas hati kita tanpa mengharapkan balasan dari tindakan itu. Kerana segala perbuatan yang baik itu, akan di balas dengan kebaikannya juga.(adakah kamu memahami hubung kaitnya kehidupan aku dengan kesimpulan yang aku buat ne???jika kamu semua suka memikir..kamu semua bisa memahaminya...)


collection



Mr.Ele...cute...

nak cite jugak arini aku telah menebus Mr.Ele terus menjadi hak milik aku..he's so cute...tomey sangat-sangat...lame dah kumpul stem gardient tu..even tak cukup lagi 6 stem lagi..tapi aku sanggup tambah duit nak memiliki Mr.Ele aku...hehehehe...puas sgt hati..hadiah bufday utk diri sendiri..suke..suke..suke...

Friday, March 5, 2010

~marah-marah...tapi sayang....~




p/s: layan jiwang karat..pas bertapa serta mengadap pantai batu buruk sampai kul11.30 tadi sambil melantak wafer ice-cream A&W...yum..yum..

Thursday, March 4, 2010

~Here I am~

time's up!!!
dina diana..sila jangan mengada-ngada lagi..
sila jangan tidur secara berlebihan..
berbelanja berlebih-lebih..
dan berfoya terlebih-lebih...

cunkil dalam-dalam mana ilangnya kerajinan itu..
dan tanam mampat-mampat dalam liang tanah sume kemalasan itu yer...
org lain sume dah boleh merayap..
sebab analisis data diorg dah selamat hantar dah..

tapi analisis aku asik sangkut-sangkut jer...
mau 5 kali kira gune excel tapi asik silap jer..

sape yg harus di persalahkan???
adakah diri ini yang kurang bijak tak reti guna excel???
or..excel yang otak komputer serba lurus semacam tu yang salah???
kesimpulannya..
kedua-duanya kurang bijak..
huhuhuhu...mengapakah????

ok..
kemalasan itu terpaksa di buang jauh-jauh..
kerana sudah cukup bermalas-malasan sebelum ini..
hahahahah..[padan r muka untuk diri sendiri]

lihat-lihat-dan cuba lihat wahai rakyat jelata sekalian..
betapa sibuknya diri ini..
mengalahkan PM Najib Tun Razak..
hayoo...

FINAL PRESENTATION (PSM) 15 MARCH 2010
AMALI PERAHU LAYAR 16 MARCH 2010
ASSIGNMENT BUOYAGE SYSTEM ON PORT 7 MARCH 2010
PROPOSAL FOR SHIP REGISTRATION 23 MARCH 2010

and...

FINAL EXAMINATION (SHIPMAN SHIP- 30 MARCH 2010)
FINAL EXAMINATION (MARITIME SIGNAL- 1 APRIL 2010)

so sekarang...
sume orang tak busy tapi diri ini yang perlu busy...
orang lain leh g merayap seluruh pelosok terengganu..
aku kene mengadap "buah hatiku"
terpaksa..terpaksa..dan terpaksa...
its ur choice...

waaa..
tak sabar nak menunggu hari itu..

tp..
petang-petang dok lepak..
setelah berhempas-pulas mengadap buah hati..
dan..
tunggu Na-O-Mei...
kikikikikiki~

~Kuatkan aku Ya ALLAH~

nak minta pertolongan orang pun susah sgt...
apa r nasib smpai mcm tu sekali di layannya...
fine..aku tak phm siapa dia..
dia pun sibuk dan banyak benda lagi nak buat dari nak menolong aku..

i will do it by myself ok..
without anybody...
ape ko ingat aku tagih sangat ker pertolongan tu???

bila tak tanya cakap "bodoh sombong"
bila nak tanya sebab confuse..
langsung takde sape boleh membantu..
benci..benci..benci...

i hate FINAL YEAR PROJECT!!!!!!!!!!
aku tau aku dah silap..
silap pilih tajuk..
dan aku tau aku menderita sorang-sorang...

YA ALLAH..KUATKAN AKU.....


P/S: tiada pic yang sesuai utk mengambarkan apa yang aku rasa ketika ini...[benci+sedih+putus asa+nak melalak sampai bengkak-bengkak mata...nak tidur taknak bangun-bangun....]

Monday, March 1, 2010

~Water Survival~

Lame dah tak update blog..sumenya sebab kekangan daripada kesibukan sbg student di saat-saat akhir ne..untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai student final year kat UMT ne..

aku nak nikmati setiap saat itu dgn sesuatu yang boleh dibuat kenangan sampai bila-bila..sama ada kenangan manis mahupun pahit..semua itu aku kumpul sebagai pengajaran untuk mengenali erti kedewasaan dan erti kehidupan sebenar...


bangga memakai baju kebanggan masing-masing...hehehe..

ops..emo semacam ek??hehehe..saje nak layan feeling..tapi bukan tu sbnrnya nak cite dalam entry kali ni..aku nak cite something yang menyeronokkan..iaitu...KAMI MAIN AIR...(dipaksa dan terpaksa)...sekian...

eh..takkan cpt sgt nak hbs cite..sbnrnya lum start lagi lor..ok..cmne..tanggal 24hb aritu bersamaan hari rabu..aku dan satu course telah menjalankan latihan amali kat Institut Latihan Perikanan Malaysia, Cendering...latihan amali ini bagi subjek "seamanship"...dan bertujuan untuk memberi latihan intro r katakan untuk menyelamatkan diri apabila kapal yang kita naiki mengalami situasi distress (capsize, burnt...grounding) ..

"mayday...mayday...mayday..."

so..dalam keadaan cmtu..korg di beri pilihan..antara nak mati terbakar dalam kapal ker..or korg nak mati kene ratah ngan jerung?????haaaaaaa...(semuanya terletak di tangan anda) hehehehe....tak r..antara nak terus hidup dan berenang-renang ke muara...

so..aktivitinya..kitorg start panjat papan anjal tu..yang setinggi 10 meter dari muka bumi..dan kemudiannya terjun dgn jayanya dalam keadaan kaki yang lurus dan bersilang..zoom....smpai ke pemukaan air..dan tenggelam ke dalam swiming pool sedalam 4 meter..


paksa rela berlaku di sini..hehehe...(KETAQ)



keeebussss...selamat tenggelam dalam air...

apabila smpi..kitorg kene berenang-renang..sehingga sampai ke liferaft..ketua kumpulan akan menegakkan liferaft yang dalam keadaan telangkup tu kepada bentuk yang sewajarnya..(mean terapung)..then..bantu setiap ahli kumpulan naik atas liferaft..


rupa bentuk liferaft - tq pakcik google

liferaft ne ala-ala mcm khemah kat atas permukaan air..hehehe..tak r..atau..sebagai tempat perlindungan kepada mangsa distress serta sbg tempat berteduh..sehingga mendapat bantuan daripada pihak berkuasa..ok..dalam liferaft tu mcm-mcm ada..antaranya...
  • lifejackets
  • whistles (untuk mebuat signal bunyi minta bantuan)
  • ELT (emergency locator trasmitter) - alat bagi mengesan kedudukan liferaft tersebut untuk menerima bantuan.
  • ubat-ubatan.
  • makanan dan minuman (bg makanan ne..ada terdapat biskut yang sgt mampat+tawar+mkn siket pun dah kenyang serta air dalam peket..utk 2,3 teguk gitu)
  • serta mcm-mcm lagi..
so..after that..kitorg kene naik ke tebing..bagi group seterusnya meneruskan perjuangan..huhuhu..aku group 3rd..berenang dalam air mmg aku tak kisah..tapi aku sgt-sgt kisah bile kene terjun dari papan anjal yang tinggi tu..subhanAllah..ngucap panjang-panjang..even dah 6kali terjun cubaan yang kat peringkat rendah pun..aku still kecut lagi nak terjun dari papan anjal yang 10 meter tu..gayat+kecut+takut...

tapi kerana disebabkan markah amali 10 markah..aku memberanikan diri juga untuk terjun..dan aku merupakan wanita terakhir yang terjun..serta 2nd last yang terjun..Terima Kasih..

budak-budak ne punya r seronok main air+berenang-renang kat bawah..tapi aku tgh terketaq-ketaq kat ujung papan anjal tu..hahahahaha...gelak untuk diri sendiri...


selepas semua berjaya terjun..."taraaa...bulatan yg tak berapa bulat"

tapi akhirnya aku berjaya juga...see..budak maritim kene kuat dan mampu mengharungi cubaan air walau apa pun jadi...HIDUP MARITIM...HEHEHEHE...motif???aku pun tak tau..

yang pastinya..aku berjanji..seumur hidup..cukup r sekali ne je aku terjun mcm ne..tidak akan lagi...tapi kalo terpaksa..dalam keadaan mmg aku atas kapal..takde makna gayatnya..aku terjun jgk.."tanpa berfikir panjang"...hehehe...mmpu nak mati rentung..TIDAK....

pas semunya selesai..kitorg diberi keizinan untuk berpesta serta mempraktikkan cara-cara renang masing-masing..hehehe..mandi bersama-sama..tenggelam sama-sama..mcm-mcm style renang ada..


style renang berirama...hehehe...



saksikan "air pancut semulajadi" di sini...


so..cukup setakat ni...kita kembali ke sri pentas...(nada suara Zakiah Anas)...



p/s : thanks korg..aku syg korg sgt-sgt...muuuuuah...
Related Posts with Thumbnails