Followers

Thursday, February 25, 2010

~Cinta Bukan Untuk Si Pengecut!!!~

Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.

Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time ‘dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.

Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.

Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”

Anda Takut! Risau!

Apa kena dengan anda ni?

Takde apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.

Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah...takut dan risau pun bertambah juga.


Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!

Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat ‘girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..

Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon ‘parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.

Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!
Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.

Anda akan ‘berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.

Tapi JANGAN buat begitu.


Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.

Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.


Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.

Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.

Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.


Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.

Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.




perkara-perkara ne yang aku pegang sebenarnya..dalam hidup ne lebih baik tak tau dari tau..kerana kadang-kadang hakikat sebenar itu menyakitkan...
cinta itu memerlukan kekuatan, keyakinan diri dan fikiran yang positif...
selagi ketiga-tiga ciri-ciri ne takde dalam diri korg..hidup korg tak akan tenang..

source: Tentang Cinta

Wednesday, February 24, 2010

~Lautan dan Pantai~



hanya pantai yang mampu mebuatkan aku tersenyum..
hanya pantai yang mampu mebuatkan aku berasa tenang...
hanya pantai yang mampu membuatkan aku termenung jauh...

bunyi pukulan ombak...
membuatkan hatiku yang celaru menjadi damai...
bunyi pukulan ombak..
membuatkan aku terdengar ia merupakan sebuah irama..

irama dengan mengaut semua kedukaan..
dan meninggalkan kebaikan serta kebahagiaan itu di sebalik halusan-halusan pasir

pantai serta laut itu terlalu luas..
aku mebayangkan minda dan pandangan ku seluas itu..
yang langsung tiada batasan..

jika aku mampu berlari di atas lautan..
akan ku lari tanpa henti..
antara untuk meninggalkan sesuatu..
mahupun mengejar sesuatu..



motif: tak tau nape tibe-tibe nak taip ayat-ayat ne..takde modal...wawawa~

Sunday, February 21, 2010

~Dapat BaBy~

Haaa..syndrome itu melanda aku..apabila internet kat umah takde..dan pelbagai aktiviti yang aku lalui..aku telah mengalami syndrome utk meng-update blog aku sebanyak mungkin..hanya dalam satu hari sahaja...hehehehe...

eh..suka hati aku r..sape nak baca..silakan..siapa taknak baca ya terpulang laa~

ops..entry kali ni..bukan untuk mengembar-gemburkan kepada sesiapa bahawa aku dah dapat baby ye..mekasih..nikah pun lum lagi..selisih aku dapat anak time-time mcm ne..jauhkan..jauhkan..tapi aku dapat anak jgk r..iaitu anak buah..(atau lebih jelas lagi..anak kepada sahabat baik aku)..

kami membesar same-same...kitorg rapat pun sebab ayah kitorg bomba..so mmg dari sekolah rendah r..kitorg mmg rapat..walaupun kerap sgt gaduh ngan mkn hati..tapi..gaduh-gaduh pun..kalo ada masalah still kongsi same2..ingat lagi time si rose ne putus cinta..malam-malam buta datang umah aku dok nangis-nangis..dgn mamai-mamai aku gagahkan jgk dgr cite die..last-last..dia yg kawen dulu dari aku...dan aku hanya mampu menjadi pengapitnya sahaja..(so..itu r yang membuatkan aku lambat kawen sampai sekarang..alasan semata-mata..padahal..jodoh tak sampai lagi...huhuhu)


pic rose sanding..dan aku pengapitnya...

tak silap aku..dia nikah november 2007..dah hampir 3 tahun r..dan sepanjang 3thn tu..mcm-mcm jadi kat membe aku sorg ne..dia excident then keguguran...shian tgk dia..setiap hari dia mengeluh kat aku..."dd..aku dah cukup sumenye..suami,kerja,rumah..tapi aku still takde anak lagi...tp aku selalu bg dia kata-kata semangat...

dan Alhamdulillah..sumenya selamat..12 feb aritu..dia selamat lahirkan babyboy comey yang di beri nama Mohd Ammar Akip dengan berat 2.3kg...sgt-sgt comey baby tu...spesen muka fotostat papa dia..geramnya aku tgk..cm nk gigit-gigit jer jari-jari baby tu..


mohd ammar akip

keje dia asik tidur je..aku memekak kat tinge die dok ngumpat dia pun dia lelap jer..smpai mak dia sound.."ko nak main kompang kat tinge dia pun dia tak sedar d..hehehe..."...baby..apa r yg dia pk langsung takde masalah yang nak diharungi dan di selesaikan..yg dia tau..lapo nangis,berak pun nangis..tak sangka membe aku ne dah ada teddy bear hidup..leh nangis2 lagi..aku punye cinta???ko lenyek ke..ko peluk kuat-kuat ke..nothing happen..huhuhu...


jari-jemari dia...tomey

see..geramnye..tgk jari dia..tecik jer...mane tak aku geram nak gigit-gigit dia..hehehe..rose mengucap panjang-panjang tgk aku kejekan anak dia macam teddy bear..(hehe..org takde anak mmg cmtu)..tapak tangan aku amek gmbo..tapak kaki aku amek gambo...subhanAllah..


ne tapak kaki dia lak..waaaaaa...nak gigit...

seronoknya kalo dapat baby..sumenya milik dia aku teruja sgt-sgt...sbb dia tecik jer...macam mana r seorang wanita yang dah bergelar ibu,sanggup buang anak dia..bakar anak dia..langsung tak ada timbang rasa dgn sifat kemanusiaan.."korg taknak baby korg..bak mai aku..biar aku jaga..nak beranak punya r susah aku rase..rose dok cita..asik telan air liur je aku..mampukah aku melaluinya???ngeri sgt-sgt...dah sakit melahirkan boleh di bakar baby yg tak berdose tu...takde otak btol...

ops..emo lak aku..sorry..tp baby adalah sesuatu yg sgt-sgt buat aku terus nak mebelainya dan menciumnya sampai lemas..heheheh..jahat tak..tp..anak rose selamat melepasi kegianan aku menciumnya..dan dia sihat wal'afiat ye..harap maklum....


baby ammar ngan aunty didie

macam anak aku ker??huhuhu..tidak..itu..anak kawan aku yer..aku just aunty didie je tau..belajar pun tak habis lagi..takkan dah nak jadi bini org ngan mak orang kot???tak dapat aku bayangkan...tp..ammar tecik je kat pelukkan aku..kalo sekali pandang mcm anak aku kn??tapi takkan r mak dia lincah sgt..dalam-dalam hari dah pakai jeans kot???hehehehehe...

"Rose..pinjam sat teddy ko ne..aku nak bawak balik ganu...leh tak???jgn r d..sakit lahirkan seminggu lepas tak baik lagi..tak dapat lupa lagi ko nak bwk anak aku jauh-jauh...moroyan aku kang...hehehe.."


p/s: semoga ammar sihat-sihat je..dan jadi anak yg soleh serta berguna utk papa dan mama dia..amin...muuuuah utk ammar..

~Berjalan Ke Hujung Selatan Asia~

Alhamdulillah..aku selamat sampai di Kuala Terengganu pagi tadi..setelah seminggu cuti CNY..agak letih sebab kepenatan bermalam di dalam bus "Adik-Beradik"...lepaknya..tapi mata ne tak leh lelap sebab "kata pasti di kotakan"...biar aku je tau..nape aku takleh lelap tengah-tengah hari cmne...huhu~

wah..percutian seminggu yang penuh dgn aktiviti-aktivi yang menyeronokkan..dan mampu mengumpul saat-saat manis bagi aku..wink* wink*...


permulaan pejalanan

kesan daripada tertinggalnya beg dalam kereta membuatkan aku mampu menjejakkan kaki ke hujung Benua Asia itu..ceh..macam g oversea jer..tapi..TIDAK..aku masih di Johor..negeri kelahiran aku..perancangan yang tidak di jangka..dan tiba-tiba aku mampu menjejakkan kaki di situ...


kalo dah sampai sini..sape tak amek pic kat sini mesti menyesal..hehehe...

Tanjung Piai,Pontian Johor..aku mmg tak familiar ngan kawasan tu..ye r..kawasan paya bakau..yg berlumpur..bau yang kurang menyenangkan..tapi disebalik melalui susur gajah sepanjang hutan paya bakau tu..tanpa di sedari aku dah berada btol-btol di hujung Selatan Benua Asia..kalo nak tgk map..try tgk ne..klik kat pic kalo nak tgk lagi clear tentang kedudukan tanjung piai ne ok...


tq google...(map for Tanjung Piai)..ujung kan??kn??

kawasannya cantik...lagi teruja sebab kat hujung ni terdapatnya pemandangan indah mcm kapal-kapal dagang (kontena or bulk cargo) tgh anchoring untuk tggu turn masuk ke PTP rasanya..berderet-deret "diorg" beratur..ne beberapa pic yg menarik kat situ..walaupun panas dan sgt-sgt letih nak pose..tapi layankan je photographer professional yg turut serta...ehem..ehem...


"THE SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA"

globe ne menunjukkan cara yang lebih dekat untuk melihat benua-benua kat bumi ne..so boleh r tgk kat globe ni..mana terletaknya tanjung ni ok???tp lebih kepada perhiasan semata-mata sebenarnya..lagipun leh pusing-pusing gitu..sangat seronok memusingkannya walaupun dah letak papan kenyataan.."dilarang memutarkan globe ini"..huhuhu..aku.."memang paham bahasa.."=P


bangga giler amek pic kat sini...

see..bukti tu.."tahniah!!Anda sekarang berada di penghujung selatan Tanah besar Asia"..tulisan tu maybe korg boleh baca sendiri kn??melainkan korg buta huruf..tapi sebenarnya aku nak tunjukkan situasi kat belakang aku tu..kat tengah-tengah laut sedang hujan lebat ...dan di belakang tu nampak r kapal-kapal tgk anchor...berderet-deret tengah beratur..


keliru mencari arah tujuan

pas penat pose-pose kat sini...then pengembaraan seterusnya adalah ke jetty d'tanjung...pemandangan yang amat-amat memikat hati...sekali pic snap kat sini..kesenian dari pic-pic tu amat-amat mengagumkan...


let's check it out...

latar belakang D'Tanjung...


nice shoot



ne pun same...

pic yang gelap gelita telah di edit..dan hasilnya amat-amat memuaskan...tq pada Abg Kamera ngan tukang edit (diri sendiri)..serta model yang tak bertauliah ini..hehehe...

so..sape-sape nak g bulan madu tu..datang r kat hutan paya bakau ne ye??hehehe...TIDAK....
sape-sapa yg ada anak kecik,nak ajak tgk kapal,tgk pokok bakau yang macam-macam jenis ngan merasai kenikmatan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa tu..ini adalah destinasinya...

ceh..promote cuti-cuti M'sia gitu...pergi dan nikmatinya sendiri....



p/s: sorry sebab buat setiap pembaca muntah dgn pic yang banyak ye??tp..aku tak kisah pun..kikikiki~

Thursday, February 11, 2010

~Mau Pulang~

aku sedang berkemas-kemas barang-barangan untuk di bawa pulang..esok kapal terbang a.k.a bus transnasional aku kul 9.30am..huhuhu..dah lame sbnrnya tak balik siang..selalunya balik naik bus malam..tp apakah daya..tiket bus habis dah..dari tak balik cuti terus baik aku pulun jer naik siang..aku bukan apa tak nak naik bus siang ne..lepak giler dalam bus..bayangkan..naik bus time hari baru nak terang (pagi)..ko naik bus dari KT ke KT (Kuala Terengganu ke Kota Tinggi) selama 8 or 9 jam dalam bus tu..smpai-sampai kota hari bertukar ke baru nak gelap-gelap..huhu..

itu bermakna aku "kesiangan" di dalam bus sahaja..org ckp kesiangan tu ko bgun tido sedar-sedar matahari dah terpacak kat atas pale..tapi istilah kesiangan aku adalah aku melalui hari-hari siang itu hanya di dalam bus..dah nasib badan..huhuhu...

aku lagi prefer naik bus gerak malam nak tau apa sebabnya??haa..tak rasa pun yg diri ini dalam perjalanan dan melalui beberapa daerah dari KT ke KT tu..ye r..naik bus kul 9 mlm..trus ...zzzzzzzzz...jaga-jaga je dah sampai kota..taraaaa.....kul 5 pagi..dan dah smpai kota hari dah terang..dan aku boleh melalui aktiviti siang hari di rumah or perkampungan aku..indahnya...sebab dah tidur nyenyak kat hotel 5 tahi bintang...hehehehe...
mcm ne r aktiviti aku selama 4 tahun hidup merantau kat Terengganu ne..

ayah aku cakap aku ne membesar dalam bus...dari KT ke KT..pastu patah balik KT ke KT..teringin gak nak naik flight sbnrnya..tapi kalo naik firefly pn..kene ada transit kat KL dulu baru sampai Senai..lepak lor..baik aku naik bus terus smpai kota..terima je r kenyataan ini..

ok..ok..full stop..aku nak teruskan pack baju-baju ne..tata..


kenderaan mewah yg ingin aku miliki...

p/s: Doakan aku selamat smpai di perkampunganku ye...Thanks korg...

~BenGang vs TingTong~

Emm..tgh rasa ape ek skrg..tak tau..perasaan kini tak mampu untuk di kenal pasti...huhuhu..sumanya gara-gara 1st draft utk PSM aku yg amat-amat bercinta untuk menyiapkannya...selamat dah anto beberapa jam yang lepas..sumenya gara-gara di paksa oleh Dr.F aku yg hensem tu..tak habis-habis nak soh org extand or potong markah kalo tak anto draf before CNY ne...bengang btol..terasa macam nak jerit kuat-kuat je kat telinga dia..huhuhuhu~
ok..cukup-cukup mengutuk dia..sebab sbnrnya dia tak salah pape pun..aku yg salah sbb terkial-kial buat minatang tu..dah jumpe ramai dah lecturer soh tunjuk ajar..tapi akhirnya pale aku berserabut nak follow yg mana..akhirnya supervisor aku yg comey tu r yg byk membantu..shian kat dia..aku selalu purak-purandakan hidup dia ngan soalan yg bertalu-talu...hehehehe...


cube bayangkan tahap kebengangan aku semakin menjadi-jadi pas tgk graf aku yg terhasil daripada data analisis aku...kalo nak compare ngan en lan punya r kn..aku tgk graf aku jadi spesen mcm ular kene palu..sakit jiwa melihatnya...tolong..tolong..ada sesiapa boleh menolong...



graf en.Lan...

see..graph ne pas data di analysis force propulsion lawan ngan ship speed..smooth je jadi dia kn??force tu berkadar terus dengan ship velocity..tp cube compare ngan graph aku..same gak..force vs ship speed...tapi hasilnya begini...



graph force vs ship speed (aku punya)

cantik tak??seni btol..aku nak terangkan apa hubungan antara force ngan ship speed pn aku tak tau..masalahnya data aku leh turun naik lagi..apa sbnranya berlaku ne..kalo budak graphic mesti dia puji graph aku kn??tapi kalo budak engineering confirm kene sumpah..apa graph ko buat ne???hehehehehe...

hayoo...serabut..serabut....

Saturday, February 6, 2010

~Kata-kata untuk Diri Sendiri~

Hidup kita ne nasibnya tak sama,sekurang-kurangnya kita patut bersyukur kerana kita ne taklah sesusah mana.Tidak menderita seperti orang lain .Ramai kat luar sana yang lebih menderita dan lebih tersiksa hidup diorang.

Apabila berlaku sesuatu,ada sebab dan akibatnya yang kita sendiri tak nampak pasti ada hikmah di sebaliknya. Terimalah segalanya dengan redha kerana kita tidak boleh hidup dalam rasa sakit hati yang berpanjangan.

Tak semua yang kita impikan akan dapat kita nikmati dan kecapi,yang kita minta datang ke kaki. Ramai orang berjaya dan bahagia sekarang melalui kehidupan yang sukar sebelumnya. Nabi Muhammad sendiri mengalami kesukaran dalam menyebarkan agama islam. Walt Disney pun terpaksa duduk di dalam stor sebelum program kartunya diterima oleh penduduk dunia. Segala yang terjadi dalam hidup kita ni memang dah dalam ketentuanNya.

Adakalanya semakin kita mempertahankan sesuatu, semakin dia jauh daripada kita. Makin kita kejar makin dia lari. Kita lantas tertanya-tanya kenapa ia terjadi??. Kita marahkan diri kita, kita marahkan perkara yang terjadi itu. Kita menuduh semua orang tak adil bahkan adakalanya kita menyalahkan suratan takdir yang menimpa kita. Tapi sebenarnya, kita sendiri yang tak adil pada diri kita sendiri.

Sebab kita masih mahu membiarkan keadaan yang dah berlaku menghantui diri kita. Kita biarkan diri kita hanyut dengan perasaan. Kita biarkan diri kita tenggelam dalam kesedihan yang panjang sehingga bertahun-tahun masih sukar untuk dihilangkan. Bukankah itu tidak adil pada diri sendiri??

Tapi kadangkala kita tidak dapat melupakan perkara buruk itu.

Itu kerana fikiran kita sendiri mengatakan ia tidak boleh di hilangkan. kalau hari-hari kita cakap dengan diri kita sendiri ia boleh di lupakan, InsyaAllah...perasaan kita akan kembali tenang..

Ketika zaman Nazi dulu, orang Yahudi teruk di dera oleh tentera Hitler,untuk mengurangkan kesakitan, mereka menggunakan imaginasi. Mereka membayangkan diri mereka berada di pantai,bergembira dengan anak-anak, mengadakan hubungan seks dengan isteri. Hanya dengan cara begitu sahajalah mereka dapat hidup dengan melupakan segala kesakitan yang di tanggung. Jadi apa yang berlaku. Lupakan serta merta di sini (sambil menunjukkan jari telunjuk di kepala @ lebih jelas lagi minda)

OUR MIND CONTROL EVERYTHING........


Friday, February 5, 2010

~apa yg best untuk hari smlm ek???~

semalam ek??huhuhu..smlm aku agak down dgn kerja yang bertimbun-timbun..tapi dah ok dah arini..dgn meneruskan perjuangan..tanpa kenal erti putus asa..baru rasa bersyukurnya kerana terdapatnya weekend selepas weekday..

sanggup tu bangun pagi-pagi smlm hanya sekadar nak breakfast kat McD kerana mengidamkan hashbrown yang sedap teramat tu..so kul 8 pagi dah siap-siap meneruskan misi breakfast di McD..nikmatnya hidup ne..Auuum..Auumm..Auumm..semua makanan tu selamat masuk perut...Alhamdulillah..


McDonald breakfast wit fresh orange

pastu terperasaan ada pasar tani pagi-pagi khamis ne..dah nak hampir 4thn aku kat terengganu ne..baru aku tau arini..position pasar tani kat kuala terengganu ni kat sebelah library negeri dan setiap hari khamis pagi..apa lagi..teringin gak nak dok usha-usha..ape yg best kat pasar tani tu dok merayap-rayap..ok r..agak meriah jgk..ada booth jual bunga-bunga segar,booth jual anak-anak ikan,separuh bahagia pasar tani tu ala-ala mcm pasar malam gitu..tp layankn je r.at least dapat gak pengalaman tgk belut yg sgt byk kat dalam baldi..mcm ular yg di ternak..geli..



benda-benda yg terdapat kat pasar tani

nampak belut tu aku ngan azie sgt-sgt teruja ye..makin dekat-makin dekat tgk belut tu bergerak-gerak antara "diorg"..pakcik makcik yang lalu-lang tgk kitorg mesti sengih je tgk kitorg ne yg sgt jakun..macam ala-ala rombongan sambil belajar tgk belut kat depan mata..hehehe...ok..habis bab belut..

so ne r keadaan pasar tani di sini..klik..klik..klik..sesi fotografi bermula.....

..............................................

......................

...........

....





......................................................

.................................

...................

.......

...



azie & syaz

balik..balik umah jer..terus zoooom..aku di minta utk g kelas..hari yang sgt-sgt memenatkan

~JaNgaN MeNyEraH~


Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

p/s:this song was dedicated for my self...my life was out of service right now..

Wednesday, February 3, 2010

~i think it's enough~


i chose not to be around when everything is almost perfect,so that when you're down,i'll be the one who would dig deep into the ground and pull you up saying:"everything gonna be alright,i'm here".



seorang lelaki tu tak perlu menjadi seorang yang terlalu penyayang..tak perlu menjadi seorang yang terlalu carring..tak perlu jugak jadi seorang yang terlalu busybody...kalo aku memiliki seorang teman lelaki..cukup sekadar dia ignore kn aku..biarkan aku dengan hidup aku untuk mengajar aku erti berdikari..sebab aku rasa selagi belum di akad nikah..kenapa mesti nak carring bagai..busybody bagai???pastu dah nikah..sume tu jadi bosan..sebab dah berlebih-lebihan time couple dulu..apalah nasib seorang wanita yang bergelar isteri tu nanti??kesian..seharusnya di ambil kisah,di beri layanan yang sewajarnya..tapi sume kata-kata manis,manje-manje time couple ilang sebab rasa "bini aku tak akan lari mana-mana lagi"..huhuhu~

kalo ikut pendapat aku..cinta jarak jauh lagi seronok dari cinta depan mata..tapi ada pro dan kontra nye jugak..aku tak melibatkan mana-mana pihak..bagi aku biar r berjauh-jauhan ketika bercouple ne untuk elakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku...

biarlah berjauhan agar perasaan bosan dan jemu itu tidak bermaharajalela dalam perhubungan tu..akan tiba satu saat..yang si wanita itu menjadi milik kamu serta si lelaki itu menjadi milik kamu juga..saat tu jalankan r tanggungjawab itu sewajarnya..

ooo..ayat yg aku bold kan ngan purple kn tu ek??aku suka kata-kata tu..khas untuk orang yg jauh dari pandangan aku...dia ignorekan aku..dia biarkan aku..sebab dia tau dia ada tugas..dan aku pun ada tugas..serta kedua-duanya beranggapan semuanya baik-baik sahaja...kejujuran tu yang penting sebenarnya....

maksudnya: lelaki tu mengabaikan pempuan tu..tapi pada saat ketika si perempuan tu sgt-sgt memerlukan lelaki tu..baru lelaki tu muncul..membantu pempuan tu berdiri kembali..dan memberi kekuatan kpd pempuan tu..bahawa..sumenya akan baik-baik sahaja..
Related Posts with Thumbnails